• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambaran penuh Huawei nova 4 terdedah dengan kamera 48MP

  • OLEH Najib
  • 4:50 pm
  • 14/12/2018
  • Komen
Gambaran penuh Huawei nova 4 terdedah dengan kamera 48MP
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei sedang bersiap-sedia untuk melancarkan telefon pintar nova 4, pada 17 Disember 2018 di China. Ia adalah telefon pintar pertama dari Huawei menggunakan skrin nirbingkai berlubang di sudut, seperti Samsung Galaxy A8s dan Honor View 20.

Tetapi hari ini telah terbocor gambar yang akan diedarkan ke pihak media, rupa jelas Huawei nova 4. Terdapat 4 warna yang dikongsikan, menggunakan efek gradient.



Dari gambar ini, dapat dilihat bagaimana lubang di sudut atas kiri terdapat di skrin, sama seperti Honor View 20. Skrin ini memiliki bingkai yang sangat kecil di sisi dan atas, tetapi agak tebal di bahagian bawah.

Di belakang, ia memiliki tiga lensa kamera yang disusun menegak, bersama LED Flash di bawah. Ia turut memiliki label 48MP tanpa jenama Leica, pastinya untuk lensa utama. Label ini turut tertulis F/1.8+F/2.2+F/2.4.



Menurut sumber, kamera 48MP adalah untuk variasi tertinggi, manakala variasi standard akan menggunakan lensa 20MP sahaja. Mungkinkah ini merujuk kepada nova 4i?

Pengimbas capjari juga terdapat di belakang. Bermakan ia tidak menggunakan pengimbas capjari di dalam skrin.

Telefon pintar Huawei nova 4 dijangka akan memiliki skrin seluas 6.4-inci HD Penuh+, bersama cip Kirin 980 terbaru. Bagaimanapun, terdapat khabar angin menyatakan ia mungkin akan menggunakan cip Kirin 970 seperti Nova 3, tetapi dengan RAM sebesar 8GB.

Semuanya akan didedahkan di majlis pelancaran nova 4 pada hari Isnin depan, 17 Disember 2018. Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi dari Huawei nanti.

[Sumber: DroidShout, GSMarena]

Tags: Huaweihuawei nova 4
Najib

Najib

POPULAR

Gambaran penuh Huawei nova 4 terdedah dengan kamera 48MP

Gambaran penuh Huawei nova 4 terdedah dengan kamera 48MP

14 December 2018
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN