• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa carian Idiot menunjukkan gambar Presiden Amerika, Donald Trump?

  • OLEH Najib
  • 12:31 pm
  • 14/12/2018
  • Komen
Kenapa carian Idiot menunjukkan gambar Presiden Amerika, Donald Trump?
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda membuat carian ‘idiot‘ di Google Images, anda akan nampak ia dipenuhi gambar Presiden Amerika, Donald Trump. Ia menjadi satu persoalan hangat di kongres Amerika Syarikat, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Google, Sundar Pichai terpaksa menerangkan kenapa.

Soalan ini diluahkan oleh Ahli Kongres Parti Demokratik, Zoe Lofgren. Beliau bertanyakan Sundar tentang soalan, mengapa carian ‘idiot‘ menunjukkan gambar Presiden Amerika. Bagaimana enjin carian berfungsi sehingga memberikan jawapan sebegitu?



Sundar menerangkan, hasil carian Google adalah berdasarkan lebih 200 faktor. Enjin carian Google merayau ke seluruh pelusuk internet, mencari kata kunci dan menyusun kedudukan mereka berdasarkan kaitannya, populariti dan bermacam lagi. Google juga akan menilainya melalui penilaian pihak ketiga, untuk memastikan ia memberikan hasil terbaik dan tepat.

Zoe seterusnya bertanya lagi, adakah ia tidak dilakukan oleh seseorang di balik tabir yang memberikan jawapan tersebut kepada pengguna?



Sundar pun menjawab, ia tidak boleh dilakukan oleh seseorang kerana sebanyak 3 trilion carian dibuat setahun yang lepas. Tambahan lagi, setiap hari sebanyak 15% carian tidak pernah dilihat di Google sebelum ini.

Hasil enjin carian Google ini sebenarnya boleh dimanipulasi, menerusi teknik yang dipanggil ‘Google Bombing‘. Dilaporkan ia bermula pada bulan Julai lepas ketika lawatan Trump ke United Kingdom. Orang ramai mengaitkan lagu American Idiot oleh Green Day dengan beliau, sehingga melonjakkannya ke tangga teratas carta lagu UK.

Ia kemudiannya ditambah lagi oleh artikel di Reddit, yang memanipulasi hasil enjin carian Google menerusi ‘Google Bombing‘ dengan memaparkan gambar Trump bersama perkataan ‘idiot‘.

[Sumber: BBC]

Tags: donald trumpGoogle
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Kenapa carian Idiot menunjukkan gambar Presiden Amerika, Donald Trump?

Kenapa carian Idiot menunjukkan gambar Presiden Amerika, Donald Trump?

14 December 2018
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER