fbpx

Huawei umum Mate 20 yang lebih besar, kuat dan laju akan datang

Huawei Malaysia hari ini menghantar satu khabar tentang sesuatu yang baru akan tiba di Malaysia. Ia merupakan peranti yang akan tergolong dalam siri Mate 20, flagship terbaru yang dihasilkan oleh Huawei.

Di majlis pelancaran siri Mate 20 Oktober lepas, terdapat empat model dilancarkan iaitu Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 X dan Mate 20 RS Porsche Design. Sehingga kini, hanya tiga model yang telah terdapat di Malaysia. Tinggal Mate 20 RS Porsche Design masih belum dijual di sini.

Dalam perkhabaran tersebut, Huawei Malaysia menyatakan sesuatu yang lebih besar, lebih baik, lebih pantas dan lebih perkasa akan datang pada musim perayaan hujung tahun ini. Siri Mate 20 akan dinaik taraf dengan tambahan yang lebih pantas dan memori untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik.

Tiada maklumat yang lebih kukuh diberikan di dalam khabar tersebut. Susah nak kami jangka apa yang cuba Huawei Malaysia sampaikan. Kalau merujuk peranti yang sedia ada, yang tinggal hanyalah Mate 20 RS Porsche Design.

Berbanding Mate 20 Pro, Mate 20 RS Porsche Design memiliki beberapa kelebihan seperti RAM lebih besar, 8GB berbanding hanya 6GB di Mate Pro. Storan dalamannya juga lebih luas, 256GB dan menyokong tambahan 256GB lagi menggunakan kad NM.

Lain-lain perkara adalah sama, selain rupa luaran Mate 20 RS yang memiliki kemasan kulit dan kaca di belakang.

Tetapi mungkin bukan Mate 20 RS Porsche Design yang Huawei Malaysia maksudkan dalam khabar ini. Kerana tiada langsung petunjuk yang dihalakan kepada Porsche, seperti warna merah hitam yang menjadi warna tanda Porsche.

Jika hanya RAM dan storan lebih besar, ia mungkin tambahan kepada Mate 20 Pro sendiri. Ini kerana di China, terdapat variasi Mate 20 Pro dengan RAM 8GB dan storan 256GB dijual di sana, yang dipanggil Mate 20 Pro UD. Untuk perbandingan, harga jualan Mate 20 Pro dan Mate 20 Pro UD di China ialah:

  • Mate 20 Pro (6GB/128GB) – RMB5,399 (~RM3,276)
  • Mate 20 Pro UD (8GB/128GB) – RMB5,999 (~RM3,640)
  • Mate 20 Pro UD (8GB/256GB) – RMB6,799 (~RM4,126)
BACA  Huawei Mula Hamburkan Teaser Untuk Kirin 990

Harga Mate 20 Pro di China lebih murah kerana ia tidak memiliki pengimbas capjari di dalam skrin. Sebab itu, nama UD sebenarnya bermaksud Under Display, merujuk kepada pengimbas capjari di dalam skrin.

Jika Mate 20 Pro dengan RAM 8GB dan storan 256GB dijual di Malaysia, kami jangkakan harganya akan berada di sekitar RM4,199. Tambahan RM600 dari variasi RAM 6GB dan storan 128GB.

Adakah anda mempunyai pendapat yang lain tentang khabar yang dibawakan oleh Huawei Malaysia ini. Atau anda bersetuju dengan salah satu dari teori kami, antara Mate 20 RS Porsche Design atau Mate 20 Pro UD 8GB/256GB?

Kena tunggu pengumuman seterusnya dari Huawei Malaysia, sebelum berlabuhnya tirai tahun 2018.