• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi MIX 3 akan dijual di Malaysia berharga kurang RM2500

  • OLEH Najib
  • 12:40 pm
  • 17/12/2018
  • Komen
Mi MIX 3 ditemui telah berdaftar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Kami telah menemui telefon pintar Mi MIX 3 di dalam pengkalan data SIRIM minggu lepas. Kini, Mi Malaysia memberi petunjuk tarikh ketibaannya di Malaysia bersama jangkaan harga.

Menerusi Facebook Mi Malaysia, mereka berkongsi satu gambar tentang sebuah telefon pintar dengan dwi-kamera hadapan 24MP, akan melungsur tidak lama lagi pada Januari 2019, dengan harga di bawah RM2,500.



Dari petunjuk ini, kita boleh rumuskan ia merujuk kepada Mi MIX 3 yang memiliki skrin boleh lungsur untuk menyembunyikan dan mengeluarkan kamera hadapan di belakang skrin. Dengan harga yang diberikan, ia seakan merujuk kepada variasi tertinggi iaitu RAM 8GB dan storan dalaman 256GB.

Untuk rujukan, Mi MIX 3 telah dijual di China dalam tiga variasi, serta satu edisi khas yang dipanggil Edisi Kota Larangan (Forbidden City). Harga jualannya adalah seperti berikut:



  • Mi MIX 3 (6GB/128GB) – RMB3,299 (~RM1,979)
  • Mi MIX 3 (8GB/128GB) – RMB3,599 (~RM2,158)
  • Mi MIX 3 (8GB/256GB) – RMB3,999 (~RM2,398)
  • Edisi Khas Kota Larangan
    Mi MIX 3 (10GB/256GB) RMB4,999 (~RM2,998)

Kalau anda tak tahu, Mi MIX 3 adalah telefon dari siri nirbingkai terbaru dari Xiaomi, skrinnya berukuran 6.39-inci, dari jenis Super AMOLED dengan resolusi HD Penuh+. Ia dikuasakan cip Snapdragon 845 bersama pilihan RAM 6GB, 8GB atau 10GB. Storan pula sehingga 256GB.

Kali ini, Mi MIX 3 membawakan konsep nirbingkai penuh tanpa kamera di hadapan. Kamera ini tersimpan di belakang skrin, boleh diakses dengan melungsurkan skrin ke bawah.

Untuk kamera hadapan, ia dilengkapi dwi-lensa 24MP+2MP. Manakala kamera belakang menggunakan dwi-lensa, lensa utama 12MP F1.8 dan lensa telefoto 12MP F2.4.

Bateri di dalam Mi MIX 3 hanyalah 3,200mAh, kapasiti yang sangat kecil dibandingkan dengan telefon pintar Xiaomi yang lain. Tetapi ia menyokong pengecasan wayarles pantas, yang mungkin disertakan bersama pembelian Mi MIX 3 nanti.

Kalau ini adalah sasaran anda untuk naik taraf telefon pintar seterusnya, maka bersiap sedialah dengan bajet selepas tahun baru nanti.

[Sumber: Mi Malaysia]

Tags: mi mix 3xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi MIX 3 ditemui telah berdaftar di Malaysia

Mi MIX 3 akan dijual di Malaysia berharga kurang RM2500

17 December 2018
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN