• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan sediakan hadiah RM60,000

  • OLEH Najib
  • 4:53 pm
  • 17/12/2018
  • Komen
Kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan sediakan hadiah RM60,000
Share on FacebookShare on Twitter

Perhatian buat semua pemain PUBG Mobile. Jika anda benar-benar pakar bermain PUBG Mobile, sila bentuk pasukan anda sekarang dan sertai Kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan Malaysia (PMNC) 2018 yang akan diadakan bermula minggu ini.

Pertandingan PMNC 2018 ini akan bermula dengan peringkat saringan di empat bandar di Malaysia, iaitu:



  • AEON Tebrau, Johor Bahru – 22 Disember 2018
  • Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu – 25 Disember 2018
  • Emart Batu Kawa, Kuching – 6 Januari 2019
  • Sunway Velocity, Kuala Lumpur – 12 Januari 2019

Di setiap pusingan, sebanyak 4 pasukan terbaik akan mara ke pusingan seterusnya, iaitu peringkat akhir 16 pasukan. Peringkat akhir ini akan diadakan di Kuala Lumpur, pada 26 Januari 2019.

Pertandingan ini ditaja secara bersama oleh Vivo dan Yoodo. Hadiah berjumlah RM60,000 disediakan buat pemenang di peringkat saringan dan peringkat akhir. Hadiah tempat pertama di peringkat akhir berupa wang tunai RM20,000. Vivo turut memberikan hadiah berupa 16 unit telefon pintar Vivo V11i, manakala Yoodo menyediakan pelan internet selama setahun kepada pemenang.



Menurut syarat-syarat pertandingan, penganjur akan menyediakan peranti semasa perlawanan diadakan. Tetapi peserta digalakkan untuk membawa peranti sendiri sebagai persediaan jika berlaku sebarang masalah.

Tunggu apa lagi perwira PUBG Mobile sekalian. Buktikan kehandalan anda makan malam ayam setiap hari melalui pertandingan ini. Daftar segera pasukan 4-ahli anda di laman web PMNC 2018. Untuk maklumat lanjut tentang syarat pertandingan, boleh merujuk di sini.

Tags: pubgvivoyoodo
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan sediakan hadiah RM60,000

Kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan sediakan hadiah RM60,000

17 December 2018
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN