fbpx

5 Kelebihan MIUI Berbanding Sistem Operasi Yang Lain

Pesanan Ikhlas Daripada Mi Malaysia

Setiap perkakasan elektronik perlukan “pusat kawalan” sebagai perantara menghubungkan komponen elektronik itu dengan penggunanya. Dalam kes telefon pintar, sistem operasi adalah perkara yang bertanggung jawab membolehkan anda berinteraksi dengan telefon, termasuklah bermain game.

Setiap produk telefon Xiaomi diperkasa sistem operasi MIUI. Walaupun dibangunkan menggunakan kerangka Android, pembangun MIUI mengambil jalan mengubah suai sistem operasi itu sepenuhnya untuk berikan pengalaman yang lebih unik.

Ini adalah 5 keunikan MIUI berbanding yang lain.

1. Pengalaman Paparan Berbingkai Penuh Yang Terbaik

Sebahagian besar telefon masa ini sudahpun menyisihkan butang navigasi fizikal dan beralih pada butang digital atas paparan untuk menjalankan arahan seperti home, buka senarai APP terdahulu dan back. Berfikir selangkah kedepan, MIUI dibangunkan untuk mengoptimumkan penggunaan paparan telefon.

Contohnya, walaupun ketiadaan butang fizikal mahupun digital untuk berikan arahan, MIUI memanfaatkan gesture pengguna untuk menggantikannya. Arahan seperti:

  1. Go Home
  2. Open Recent
  3. Back
  4. Switch Between APP

Semuanya dilakukan melalui lenggok khas menggunakan jari. Contohnya, leretan daripada pinggir kiri & kanan paparan masuk ke tengah untuk Back. Leretan daripada bawah pula untuk kembali ke Home.

Hasilnya, jari anda tidak tertumpu pada satu bahagian skrin saja untuk navigasi sebaliknya ke seluruh skrin dan secara tak langsung mengelakkan kelesuan jari-jermari.

2. Sistem Operasi Yang Menghargai Alam Semulajadi

Kita kini berada dalam era serba canggih. Semuanya bergerak pantas dan kalau lambat, alamatnya ketinggalanlah kita. Tapi, ada kalanya kita perlu langkah keluar daripada arus deras ini dan toleh kebelakang untuk lihat sejauh manakah kemajuan kita.

Alam semula jadi adalah tempat semuanya bermula dan menyedihkan sekiranya kita melupakannya. Dalam MIUI, walaupun segalanya serba maju, masih ada sentuhan alam semula jadi.

BACA  Redmi Note 8 Pro dengan kamera 64MP mula dijual di Malaysia

Contohnya, bila anda gunakan APP Clock MIUI untuk lakukan kiraan turun, anda akan disajikan dengan bunyian-bunyian alam untuk menemani anda.

Jadi, waktu menunggu kek anda masak, anda boleh berehat dengan latar belakang yang menenangkan.

3. Studio Menyunting Gambar Mudah Alih Anda

Untungnya menggunakan MIUI adalah tidak ada satu bahagian pun yang tidak dioptimumkan pembangunnya lebih-lebih lagi pada bahagian fotografi. Dengannya, anda tak perlu bersusah payah mencari APP pihak ketiga untuk menyunting gambar yang diambil kerana semuanya sedia terbina di dalamnya.

Terus daripada galeri gambar, anda boleh mula menyunting gambar. Bukan sahaja anda boleh mengubah kecerahan dan gaya gambar, malah ia boleh lakukan lebih daripada itu.

Sekiranya anda ada satu gambar yang amat menarik tapi ada sedikit kecacatan, pulihkan saja menggunakan fungsi Erase.

Contoh paling berguna adalah pemandangan di Sungai Klang di atas. Ada plastik sampah yang mencacatkan gambar ini. Menggunakan fungsi yang sedia terbina dalam MIUI, anda boleh membuangnya tanpa masalah.

4. Ia Pastikan Telefon Kekal Optimum Sejak Hari Pertama

Spesifikasi supercanggih tidak berguna jika ia tidak dioptimumkan untuk beroperasi pada tahap tertinggi. Dalam MIUI, semua hal-hal selenggara telefon dihimpunkan di bawah satu bumbung.

Padanya, anda boleh mendapat gambaran penuh keadaan telefon seperti tahap keselamatan, status storan, senarai APP yang telah dipasang dan sebagainya.

Anda juga boleh memantau berapa banyak data mudah alih yang telah digunakan untuk elakkan bil mengejut. MIUI, dengan arahan anda boleh lakukan pembersihan menyeluruh seperti membuang fail-fail yang tak perlu agar sistemnya kekal teratur.

Kalau anda seorang gamers, fungsi Game Speed Booster ada untuk menumpukan semua tenaga pengkomputeran pada games yang anda sedang main untuk memastikan pengalaman yang lancer diperoleh.

BACA  Mi 9T Pro Di Malaysia Dijual Pada Harga Bermula RM1,599

Semua manfaat ini dicapai kerana para pembangun MIUI berada sangat hampir dengan penggunanya. Melalui forum khas, mereka mendengar semua cadangan dan rungutan pengguna agar kemas kini yang dibawakan pada sistem operasi ini kena dengan selera penggunannya.

5. Perkongsian fail antara pengguna amat mudah dengan Mi Drop

Selain berkongsi terus ke laman sosial, ada masanya anda ingin berkongsi sesuatu fail dengan rakan anda tanpa melalui Internet. Tidak kiralah ianya gambar OOTD ataupun selfie berkumpulan di kafe hipster waktu makan malam, Mi Drop menyediakan kemudahan perpindahan itu.

Bagusnya Mi Drop adalah ia tidak terhad kepada produk Xiaomi sahaja. Mana-mana telfon yang menjalan sistem operasi Android versi 4.4 keatas boleh memasang APP Mi Drop daripada Play Store dan mula menghantar fail.

Perpindahan ini tidak memerlukan Internet dan tidak akan memakan kuota Internet mahal anda itu. Yang anda cuma perlu lakukan adalah mengikut arahan ringkas di paran sahaja.

Sekiranya anda ingin menyimpan gambar-gambar kenangan tapi tak mahu memenuhkan telefon, usah risau kerana Mi Cloud menyediakan storan awan percuma untuk anda.

Bukan saja gambar, satu Salinan telefon anda boleh disimpan di awan takut-takut malapetaka berlaku sehingga telefon tak boleh digunakan langsung ataupun anda menaik taraf telefon dan ingin menyalin masuk data anda daripada telefon lama ke telefon baru.

BONUS: Anda Tak Perlukan Kad SIM Fizikal Untuk Data Mudah Alih

Satu teknologi baru yang semakin popular diimplementasikan dalam telefon pintar adalah e-SIM. Menggunakan e-SIM telefon boleh berhubung dengan data mudah alih walaupun tiada sebarang kad SIM fizikal hadir di dalam telefon.

Fungsi ini hadir pada model Xiaomi yang tertentu. Antara model-model yang menyokong perkhidmatan e-SIM adalah seperti:

  1. MI 8 (MIUI V10.0.3.0EAMIFH)
  2. Mi 8 Lite (MIUI v9.6.5.0ODTMIFD)
  3. Mi 8 Pro (MIUI V10.0.1.0.OEDMIFH)
  4. Mi MAX 3 (MIUI V10.0.1.0.OEDMIFH)
  5. Mi MIX 2S (MIU v10.0.2.1DGMIFH)
  6. POCOPHONE F1 (MIUI V9.6.25.0.OEJMIFD)
  7. Redmi 4A (MIUI V9.6.2.0.NDFMIFD)
  8. Redmi 4X (MIUI V9.6.2.1.NCKMIFD)
  9. Redmi 5 (MIUI V9.6.4.0.NDAMIFD)
  10. Redmi 5 Plus (MIUI V9.6.2.0.NBCMIFD)
  11. Redmi 5A (MIUI V9.6.1.0.NAMMIFD)
  12. Redmi Note 4 (MIUI V9.6.3.0.NCCMIFD)
  13. Redmi Note 4X (MIUI V9.6.2.0.NCFMIFD)
  14. Redmi Note 5 (MIUI V10.0.3.0.OEGMIFH)
  15. Redmi Note 5A (MIUI V9.6.3.0.NCCMIFD)
  16. Redmi Note 5A Prime (MIUI V9.6.2.0.NDKMIFD)
  17. Redmi Note 6 Pro (MIUI V9.6.6.0 OEKMIFD)
BACA  Mi 9T Pro dijual RM100 lebih murah untuk masa terhad dan penghantaran lebih lama

Anda boleh membeli data mudah alih daripada penyedia perkhidmatan Durian Man pada harga serendah RM1 untuk 300MB.

Lebih menarik, ia turut menyediakan perkhidmatan roaming. Maka, tak lagi perlu bersusah payah mencari kedai untuk beli kad SIM setibanya anda ke lnegara orang kerana sejurus mendarat, Durian Man akan terus menyambungkan anda ke Internet.

Cara-cara mengaktifkan e-SIM pada telefon Xiaomi boleh dipelajari di salah satu artikel kami.

KESIMPULAN

Sistem operasi MIUI yang memperkasa setiap telefon Xiaomi pada hari ini sudahpun melalui beberapa iterasi dan berevolusi daripada satu versi ke versi yang seterusnya. Versi MIUI yang terbaru dan sedang disebarkan ke seluruh armada Xiaomi adalah MIUI 10 dan ia memberikan lebih banyak fungsi menarik pada telefon.

Tidak kiralah sama ada anda gunakan telefon kelas permulaan, pertengahan, ataupun flagship MIUI akan pastikan pengalaman Xiaomi anda lancar, seperti air yang mengalir di kali.

Jika anda ingin memiliki mana-mana telefon Xioami yang diperkasa sistem operasi MIUI, anda boleh lawati kedai dalam talian mereka di Lazada ataupun Shopee.