• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Ini Caranya Nak Guna Fungsi e-SIM Pada Telefon Xiaomi Anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:32 pm
  • 05/12/2018
  • Komen
Ini Caranya Nak Guna Fungsi e-SIM Pada Telefon Xiaomi Anda
Share on FacebookShare on Twitter

e-SIM adalah satu teknologi baru yang semakin menular dalam produk-produk telefon generasi baru. Menggunakannya, telefon tidak perlukan kad SIM fizikal untuk berhubung dengan rangkaian telco untuk membuat panggilan suara ataupun berhubung dengan Internet.

Di Malaysia, Xiaomi adalah pengeluar telefon yang pertama mengaktifkan cip e-SIM dalam beberapa produk telefon mereka. Ia selepas pengumuman kerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan e-SIM yang bernama Durian Man.



Dalam artikel ini, saya mendemonstrasikan bagaimana saya melanggan pelan Durian Man dan mula menggunakan Internet pada telefon Xiaomi Mi 8 saya.

Selain Mi 8, beberapa telefon lain yang boleh anda gunakan untuk melanggan pelan e-SIM adalah seperti:



  1. MI 8 (MIUI V10.0.3.0EAMIFH)
  2. Mi 8 Lite (MIUI v9.6.5.0ODTMIFD)
  3. Mi 8 Pro (MIUI V10.0.1.0.OEDMIFH)
  4. Mi MAX 3 (MIUI V10.0.1.0.OEDMIFH)
  5. Mi MIX 2S (MIU v10.0.2.1DGMIFH)
  6. POCOPHONE F1 (MIUI V9.6.25.0.OEJMIFD)
  7. Redmi 4A (MIUI V9.6.2.0.NDFMIFD)
  8. Redmi 4X (MIUI V9.6.2.1.NCKMIFD)
  9. Redmi 5 (MIUI V9.6.4.0.NDAMIFD)
  10. Redmi 5 Plus (MIUI V9.6.2.0.NBCMIFD)
  11. Redmi 5A (MIUI V9.6.1.0.NAMMIFD)
  12. Redmi Note 4 (MIUI V9.6.3.0.NCCMIFD)
  13. Redmi Note 4X (MIUI V9.6.2.0.NCFMIFD)
  14. Redmi Note 5 (MIUI V10.0.3.0.OEGMIFH)
  15. Redmi Note 5A (MIUI V9.6.3.0.NCCMIFD)
  16. Redmi Note 5A Prime (MIUI V9.6.2.0.NDKMIFD)
  17. Redmi Note 6 Pro (MIUI V9.6.6.0 OEKMIFD)

Cara Aktifkan e-SIM Di Telefon Xiaomi

Jika anda ada salah satu telefon yang disenaraikan sebelum ini, anda boleh mencari APP Durian Man di PlayStore. Selesai memasang, anda boleh wujudkan akaun dan pilih pelan mana yang ingin anda beli.

Muat turun dan wujudkan akaun Durian Man

Tapi apabila anda tekan butang untuk membayar, anda akan dibawa ke halaman untuk pengesahan indentiti. Ia adalah prosedur normal, seperti yang diamalkan untuk mendaftar kad SIM fizikal.

Durian Man akan lakukan pengesahan wajah dan kad pengenalan sebelum benarkan anda beli pelan

Selesai mengambil gambar kad pengenalan dan wajah, Durian Man akan ambil beberapa minit untuk melakukan pengesahan. Dalam kes saya, dalam tempoh 15 minit saya boleh pergi ke peringkat pembayaran. Di halaman pembayaran, Durian Man tidak menyediakan pembayaran menggunakan kad debit/kredit tapi hanya ada perbankan dalam talian. Bagusnya ia menyokong kebanyakan bank utama Malaysia.

Selesai pengesahan, barulah anda boleh tekan butang Top-up now dan bayar

Selesai membayar, anda akan menerima pengesahan pembelian terus di dalam APP. dan anda akan dibawa ke laman memilih nombor telefon.

Kemudian anda akan diminta pilih nombor telefon

Selesai memilih nombor telefon, anda boleh ke bahagian tetapan Akaun dan aktifkan Phone Servis. Langkah seterusnya adalah, anda perlu pastikan salah satu slot kad SIM anda kosong dan pergi ke bahagian Setting telefon.

Aktifkan Phone Service

Cari pilihan SIM Cards & Mobile Networks dan pada bahagian Default Settings, tukar sumber Internet ke MY CELCOM. Info tambahan, Durian Man beroperasi menggunakan rangkaian MVNO TuneTalk manakala TuneTalk pula menumpang rangkaian Celcom.

Di ruang Setting telefon, tukar pilihan Internet ke MY CELCOM slot yang kosong untuk aktifkan talian

Setelah mengaktifkan, anda akan menerima beberapa SMS daripada TuneTalk berkaitan pengaktifan pelan telefon.

Di peringkat ini, anda dah boleh mula menggunakan pelan telco anda. Untuk percubaan, saya melanggan pelan yang hadir dengan data dan suara. Anda boleh periksa status langganan anda di APP Durian Man dan sepatutnya ia akan menunjukan On-Line.

Anda juga boleh beli data roaming tanpa perlu beli kad sim fizikal tempat tujuan anda

Beberapa perkara yang perlu anda tahu dengan Durian Man. Yang pertama adalah pelan telco ini tidak diperbaharui secara automatik dan yang paling teruk adalah nombor telefon e-SIM ditambat pada telefon. Ia bermakna sungguhpun anda melog keluar daripada Durian Man telefon A, anda tak boleh melog masuk Durian Man telefon B.

Untuk Roaming pula, ia turut menyediakan perkhidmatan itu. Disebabkan ia adalah SIM digital, anda tak perlu bersusah-payah cari kedai untuk membeli SIM fizikal seraya tiba di tempat yang ditujui. Apa yang boleh anda lakukan adalah beli pelan Roaming sebelum berlepas dan aktifkannya di sana tapi anda perlu Wi-Fi untuk mengaktifkannya.

Tags: Durian ManeSimxiaomixiaomi mi 8
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Ini Caranya Nak Guna Fungsi e-SIM Pada Telefon Xiaomi Anda

Ini Caranya Nak Guna Fungsi e-SIM Pada Telefon Xiaomi Anda

5 December 2018
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN