• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kamera Huawei P30 mungkin kekal tiga lensa tetapi lampu Flash baharu

  • OLEH Najib
  • 1:53 pm
  • 18/12/2018
  • Komen
Kamera Huawei P30 mungkin kekal tiga lensa tetapi lampu Flash baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Perang berapa banyak kamera di pasang di telefon pintar masih hangat berjalan. Selepas kamera dwi-lensa menjadi popular tahun lepas, Huawei tahun ini menambah tiga lensa ke dalam Huawei P20 Pro dan Mate 20. Samsung menurut jejak langkah ini dan mencipta telefon dengan 4 kamera, di Galaxy A9 2018.

Jadi, apa pula seterusnya?



Sudah banyak khabar angin tentang Galaxy S10 yang akan dilancarkan tahun depan. Ia dikatakan akan datang dalam empat jenis dengan model terbaik memiliki lima kamera padanya.

Kini timbul pula cerita tentang Huawei P30 Pro. Kisahnya muncul dari sebuah casing yang dikatakan akan menjadi rupa bentuk telefon pintar terbaik Huawei tahun depan.



Galaxy S10、Galaxy S10+、Huawei P30、Huawei P30 Pro pic.twitter.com/AKiZxjfCh9

— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) December 12, 2018

Pembocor berita @UniverseIce berkongsi tentang reka bentuk telefon pintar Galaxy S10, Huawei P30 dan P30 Pro menerusi casing lutsinar. Sementara rekaan Huawei P30 dilihat seperti Huawei P20 Pro dengan susunan kamera menegak, rekaan P30 Pro ada sedikit perbezaan.

Pada casing P30 Pro tersebut, terdapat garisan menegak yang terletak bersebelahan. Garisan menegak pertama dijangka adalah tempat untuk kamera dengan tiga lensa, manakala garisan kedua pula mungkin adalah tempat untuk lampu Flash yang besar. Dengan saiz sebesar itu, ia mungkin adalah Flash Xenon.

Gambaran yang diberikan oleh @UniverseIce kemudiannya diperhalusi oleh Slashleaks, dengan menambah rekaan andaian telefon dengan tiga lensa kamera belakang dan Flash Xenon. Mungkin ini cara yang cuba dicapai oleh Huawei untuk tangkapan gambar malap menjadi lebih cerah.

Lama tak kedengaran Flash Xenon digunakan di telefon pintar. Antara telefon pintar yang pernah menggunakannya iala Nokia 808 Pureview, Nokia Lumia 1020 dan Samsung Galaxy K Zoom.

Kalau betullah Huawei akan memasangnya di Huawei P30 Pro, adakah mereka akan memulakan satu lagi trend baru di telefon pintar?

[Sumber: BGR, Slashleaks]

Tags: HuaweiP30P30 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Kamera Huawei P30 mungkin kekal tiga lensa tetapi lampu Flash baharu

Kamera Huawei P30 mungkin kekal tiga lensa tetapi lampu Flash baharu

18 December 2018
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN