• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Liga Profesional Mobile Legends Musim ke-3 ada hadiah lebih RM400,000

  • OLEH Najib
  • 7:17 pm
  • 18/12/2018
  • Komen
Liga Profesional Mobile Legends Musim ke-3 ada hadiah lebih RM400,000
Share on FacebookShare on Twitter

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia/Singapura kini kembali untuk musim ketiga. Musim lepas, pasukan dari Malaysia menjuarainya manakala musim pertama adalah milik Singapura. Adakah kejuaraan musim ketiga akan berpindah milik ke singa atau kekal dipegang si harimau?

Sebanyak 4 pasukan terbaik Mobile Legends dicari dalam pusingan saringan untuk melayakkan mereka menyertai pusingan akhir bersama 6 pasukan jemputan dari kejohanan musim lepas. Hanya pemain dari Malaysia dan Singapura layak menyertai liga ini.



Kali ini, lebih USD100,000 (~RM417,120) hadiah wang tunai terkumpul sedia untuk direbut semua peserta. Jumlah ini meningkat lebih banyak berbanding musim sebelum ini.

Enam pasukan jemputan yang akan menyertai musim ketiga MPL kali ini ialah:



  1. Team Reborn (sebelum ini dikenali sebagai Saiyan Reborn)
  2. EVOS SG
  3.  Flash Tyrants
  4. Bosskurr Gaming
  5. Mystic
  6. Bigetron SG

Kepada yang berminat untuk menyertai pusingan saringan, pendaftaran untuk pemain di Malaysia dibuka dari 22 Disember 2018 sehingga 4 Januari 2019. Pertandingan akan dijalankan pada 18 hingga 20 Januari 2019.

Bagi Singapura pula, pendaftaran dibuka dari 5 hingga 20 Januari 2019. Manakala pertandingan berjalan pada 26 dan 27 Januari 2019.

Jika anda merasakan pasukan Mobile Legends anda cukup mantap, jangan lupa segera mendaftarkan tempat. Untuk maklumat lanjut, pendaftaran serta syarat pertandingan, layari laman web mysg.mpl.mobilelegends.com

Tags: mobile legends
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Liga Profesional Mobile Legends Musim ke-3 ada hadiah lebih RM400,000

Liga Profesional Mobile Legends Musim ke-3 ada hadiah lebih RM400,000

18 December 2018
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN