• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Nikmati kehebatan kamera Google Night Sight di Honor Play, Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro

  • OLEH Najib
  • 12:10 pm
  • 19/12/2018
  • Komen
Nikmati kehebatan kamera Google Night Sight di Honor Play, Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Kehebatan pemprosesan imej Google di telefon pintar Pixel dikagumi ramai. Ini kerana Google masih menggunakan satu lensa di kamera belakang, tetapi dapat menghasilkan gambar berkualiti tinggi.

Populariti kamera di telefon Pixel semakin meningkat apabila Google mengumumkan fungsi Night Sight, khas untuk telefon pintar Pixel sahaja. Teknologi Night Sight membolehkan gambar yang ditangkap di telefon pintar Pixel, diproses secara digital dan menghasilkan gambar yang lebih cerah dari biasa. Walaupun dalam suasana malap.



Fungsi Night Sight direka eksklusif untuk telefon pintar Google sahaja. Tetapi baru-baru ini, seseorang menemui cara untuk menggunakan kehebatan teknologi pemprosesan kamera Google ini di telefon pintar selain Pixel.

Arnova8G2, seorang ahli di forum XDA Developer telah berkongsi aplikasi Google Camera yang beliau ubahsuai, dan diuji sesuai digunakan di telefon pintar Honor Play, Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro.



Telefon pintar Honor Play

Bagaimanapun untuk Mate 10 Pro, ia diuji stabil digunakan dengan sistem operasi EMUI 8.0, tapi tidak berjalan lancar dengan EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie. Amaran, sila gunakan aplikasi ini di atas risiko sendiri.

Google Night Sight sememangnya sangat popular, tetapi Google bukanlah yang pertama memperkenalkan teknologi sebegini. Huawei terlebih dahulu memiliki fungsi yang hampir serupa dan dipanggil Night Mode. Ia pertama kali diperkenalkan di Huawei P20 Pro awal tahun ini, dan diperluaskan ke pelbagai telefon pintar Huawei seperti siri Mate 20, nova 3 dan lain-lain.

Huawei Mate 20 Pro (kiri) dan Google Pixel 3 XL (kanan)

Malah, kami sendiri menguji prestasi Google Night Sight dan Huawei Night Mode, menggunakan Google Pixel 3 XL dan Huawei Mate 20 Pro di dalam artikel ini. Kedua-duanya memberikan hasil yang menakjubkan, dengan masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan sendiri.

Jika anda mahu mencuba Night Sight di telefon pintar Honor Play, Huawei Mate 10 atau Mate 10 Pro, anda boleh memuat turun fail pemasangan APK di sini.

[Sumber: XDA Developer]

Tags: Googlegoogle camerahonor PlayHuaweiMate 10Night Sight
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Nikmati kehebatan kamera Google Night Sight di Honor Play, Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro

Nikmati kehebatan kamera Google Night Sight di Honor Play, Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro

19 December 2018
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER