• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM jelaskan kekeliruan menteri tentang naik taraf pengguna Streamyx ke Unifi

  • OLEH Najib
  • 10:43 am
  • 19/12/2018
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Terdapat satu laporan beberapa hari lepas yang menyatakan, kerajaan mensasarkan untuk menaik taraf semua pengguna Stteamyx ke Unifi, selewatnya Mac 2019. Ia disebut sendiri oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith, yang menjawab soalan di Parlimen.

Dalam jawapan beliau beliau kepada Senator Ismail Ibrahim, yang bertanyakan tentang langkah yang diambil kerajaan berhadapan isu Streamyx, Eddin Syazlee mengatakan, pengguna Streamyx sedang dinaiktaraf secara berperingkat, yang termasuk di dalam kawasan liputan Unifi.



Beliau juga memaklumkan, kepada pengguna di luar kawasan Unifi, kelajuan mereka akan dinaiktaraf ke 8Mbps, atau mereka akan diberi akses ke rangkaian 4G LTE. Semua naiktaraf ini akan diberikan percuma, tanpa sebarang caj dikenakan.

Untuk menjelaskan situasi ini, TM tampil dengan satu kenyataan rasmi. Pengguna Streamyx di luar kawasan Unifi, kelajuan Streamyx mereka akan digandakan 2x, maksima 8Mbps.



Bermakna, pengguna Streamyx 1Mbps menerima naik taraf 2Mbps, 2Mbps menjadi 4Mbps dan 4Mbps menjadi 8Mbps. Manakala pengguna 8Mbps tidak menerima sebarang naiktaraf.

Semasa pengumuman naiktaraf pada Julai lepas, TM menyatakan sebanyak 340,000 pengguna Streamyx sedia ada boleh bertukar ke Unifi, manakala 350,000 pengguna lagi akan dinaiktaraf kelajuan 2x ganda.

Dalam kenyataan terbaru ini, TM menyatakan sebanyak 60% pengguna dari jumlah 340,000 tadi telah bertukar ke Unifi, sambil mengekalkan harga pelan mereka. Tinggal lagi 136,000 yang masih belum bertukar ke Unifi.

TM menambah, mereka berusaha keras untuk berhubung dengan pengguna Streamyx bagi memberi naik taraf Unifi. TM juga menyeru pengguna untuk mengemaskini nombor telefon dan emel mereka menerusi portal Unifi atau aplikasi self care, agar dapat dihubungi untuk urusan naiktaraf.

Selain itu, sebanyak 70% pengguna Streamyx di luar kawasan Unifi telah menerima naiktaraf kelajuan 2x ganda. Hanya tinggal 65,000 pengguna lagi yang masih belum menerima naiktaraf kelajuan. Kalau 30% ialah 65,000 pengguna, bermakna hanya 216,000 pengguna telah menerima naik taraf 2x ganda. Ia agak berbeza dari kenyataan awal mereka iaitu sebanyak 350,000 pengguna di luar kawasan Unifi.

TM turut menekankan, pengguna Streamyx ini hanya boleh menerima kelajuan maksima 8Mbps sahaja, kerana kekangan teknologi di kabel tembaga.

Pilihan lain untuk pengguna Streamyx ialah bertukar ke Unifi Mobile LTE Wireless Broadband. TM kini menawarkannya pada harga RM79/bulan bersama 60GB kuota internet. Bagi pengguna lain yang tidak dapat menerima sebarang naiktaraf, TM sedang berusaha mencari penyelesaian menang-menang bersama kerajaan serta penyedia jalur lebar yang lain.

Tags: streamyxTMUnifi
Najib

Najib

POPULAR

TM jelaskan kekeliruan menteri tentang naik taraf pengguna Streamyx ke Unifi

19 December 2018
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN