• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi sebar rupa sebenar Xiaomi Play

  • OLEH Najib
  • 2:26 pm
  • 20/12/2018
  • Komen
Xiaomi sebar rupa sebenar Xiaomi Play
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, telah tersebar khabar angin tentang sebuah telefon pintar baru Xiaomi yang akan datang, iaitu Xiaomi Play. Kini, Xiaomi berkongsi lebih banyak tentangnya menerusi poster yang disebar di weibo.

Dari gambar tersebut, kita dapat melihat Xiaomi Play akan memiliki skrin nirbingkai dengan takuk kecil di atas. Manakala di belakangya, terdapat kamera dwi-lensa bersama pengimbas capjari.



Telefon pintar Xiaomi Play ini akan dilancarkan pada 24 Disember 2018. Dalam poster yang dikongsikan ini, Xiaomi menyebut berkenaan sambungan WiFi dan rangkaian yang lebih baik. Mungkin untuk menekankan betapa pentingnya sambungan internet ketika bermain game.

Tidak diketahui apakah perkakas yang akan digunakannya, tetapi satu peranti yang hampir serupa telah didaftarkan di TENAA. Dari maklumat di TENAA, peranti ini memiliki skrin 5.84-inci HD Penuh+, dengan CPU 2.3GHz 8-teras, RAM antara 3GB, 4GB dan 6GB, serta storan antara 32GB, 64GB dan 128GB.



Ia juga menerima kad mikroSD sehingga 256GB tetapi akan menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo, bukan Android 9.0 Pie terbaru. Bateri di dalamnya hanya 2,900mAh. Peranti ini memiliki tiga kamera seperti di dalam gambar, iaitu dua di belakang dan satu di hadapan. Serta masih ada jek audio 3.5mm padanya.

Nampak macam peranti ini dalam kelas pertengahan, dengan RAM sehingga 6GB dan storan 128GB. Apatah lagi, CPU berkelajuan 2.3GHz ni mungkin antara Snapdragon 660 atau Snapdragon 710. Tetapi ada tak pemain games yang berminat dengan skrin kecil 5.84-inci?

Atau adakah ini Pocophone F1 dalam versi ringan atau Lite?

Kita tunggu pengumuman rasmi dari Xiaomi pada 24 Disember nanti.

[Sumber: Weibo, XDA]

Tags: xiaomiXiaomi Play
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi sebar rupa sebenar Xiaomi Play

Xiaomi sebar rupa sebenar Xiaomi Play

20 December 2018
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN