Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Apakah yang akan Xiaomi lancar 24 Disember nanti?

Xiaomi adalah syarikat pertama memberi petunjuk untuk melancarkan kamera 48MP di telefon. Tetapi telah muncul satu lagi petunjuk lain di internet, tentang satu peranti yang akan dilancarkan hujung bulan ini.

Timbul di laman media sosial weibo, Xiaomi dikatakan akan melancarkan Xiaomi Play pada 24 Disember nanti. Dari namanya, ia seperti sebuah telefon pintar yang disasarkan untuk bermain games.

Tidak ada maklumat lain dikongsikan pada petunjuk tersebut. Buat makluman yang belum mengetahui, Xiaomi sebenarnya sudah pun ada barisan telefon pintar gamingnya tersendiri, di bawah jenama Black Shark. Sudah ada dua model peranti yang dikeluarkan Black Shark.

Jika benar berita ini, Xiaomi Play mungkin adalah siri baru telefon pintar gaming Xiaomi dengan bajet yang lebih rendah. Tetapi untuk kategori begini, Xiaomi juga sudah ada Pocophone.

Atau mungkin ia hanyalah aksesori gaming untuk telefon pintar? Tidak dapat kami pastikan kerana tiada maklumat sokongan untuk ini. Jadi kita kena tunggu 24 Disember apakah sebenarnya Xiaomi Play ini.

[Sumber: weibo]

BACA  Maklumat ASUS ROG Phone 3 berkuasa Snapdragon 865+ mula kelihatan