• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Promosi unifi mobile #BEBAS internet tanpa had hanya RM55 sebulan untuk masa terhad

  • OLEH Najib
  • 5:16 pm
  • 24/12/2018
  • Komen
Promosi unifi mobile #BEBAS internet tanpa had hanya RM55 sebulan untuk masa terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Promosi data tanpa had unifi mobile kini datang lagi. Dengan membayar hanya RM55, pengguna boleh menikmati internet LTE tanpa had selama 30 hari.

TM kini melancarkan promosi sempena Hari Natal dan Tahun Baru 2019 untuk pengguna prabayar unifi mobile. Ia merupakan tambahan kepada pelan #BEBAS Tanpa Had sedia ada, tetapi dipanjangkan selama 30 hari.



Pelan #BEBAS Tanpa Had sedia ada ialah #BEBAS 2 Jam RM3, #BEBAS Harian RM5 dan #BEBAS Mingguan RM20. Pelan #BEBAS memberikan internet LTE tanpa had mengikut masa yang ditetapkan untuk pelan tersebut.

Promosi kali ini memperkenalkan pelan #BEBAS 30 hari RM55. Pengguna boleh menikmati internet LTE tanpa had selama 30 hari, dengan bayaran RM55 sahaja. Tetapi pelan ini ditawarkan untuk masa terhad. Ia boleh dilanggan dari hari ini 24 Disember, sehingga tahun hadapan 2 Januari 2019.



Kalau beli pada 24 Disember, bermakna boleh menggunakan internet LTE tanpa had sehingga 24 Januari 2019. Tetapi, internet tanpa had yang ditawarkan hanyalah untuk sambungan LTE sahaja. Pengguna masih perlu membeli kuota 3G lain jika tiada sambungan LTE.

Yang menariknya, pengguna juga boleh berkongsi internet LTE ini dengan orang lain tanpa had. Tapi pastikan ia bersambung ke rangkaian LTE sahaja. Jika tidak, ia akan menggunakan kuota 3G.

Untuk membeli pelan #BEBAS 30 hari RM55 ini, pengguna boleh berbuat demikian menerusi aplikasi mobile@unifi. Pembelian boleh disahkan menerusi dashboard aplikasi mobile@unifi atau di ruangan Add-Ons di dalam tab History.

Jika anda belum memiliki kad sim unifi mobile, boleh mendapatkannya secara percuma dengan mendaftar menerusi aplikasi mobile@unifi yang boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore. Pendaftaran kad sim baru unifi mobile turut akan menerima secara percuma, 2GB LTE bersama 10 minit panggilan dan 10 SMS.

Untuk maklumat lanjut, boleh semak ruang FAQ promosi BEBAS Christmas Special.

Tags: TMUnifiUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

Promosi unifi mobile #BEBAS internet tanpa had hanya RM55 sebulan untuk masa terhad

Promosi unifi mobile #BEBAS internet tanpa had hanya RM55 sebulan untuk masa terhad

24 December 2018
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN