• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah Sony tidak lagi menjual telefon pintar di Malaysia dan Asia Tenggara?

  • OLEH Najib
  • 4:31 pm
  • 04/01/2019
  • Komen
Xperia XA2 Ultra Tanda Kembalinya Kewarasan Sony
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Sony memang gah sebagai pengeluar telefon pintar. Tetapi populariti mereka merudum kebelakangan ini dengan jumlah jualan yang semakin menurun.

Sony pernah tersenarai dalam kelompok 5 teratas pengeluar telefon pintar terbanyak. Tetapi mereka hanya berjaya menjual 1.6 juta telefon pintar di seluruh dunia pada suku ketiga 2018.



Ada cakap-cakap menyatakan Sony akan menutup pejabat jualan telefon pintar mereka di beberapa negara sebelum ini. Ia mungkin benar kerana kehilangan mereka dapat dirasakan dengan jelas di Malaysia dan negara lain di Asia Tenggara.

Telefon pintar terakhir Sony yang dilancarkan di Malaysia ialah Sony Xperia XZ2 pada Mac 2018. Selepas itu, dalam diam Sony ada menjual Xperia XZ2 Premium di Stor Online Sony Malaysia, tetapi tiada sebarang pengumuman dibuat.



Selepas Xperia XZ3 diumumkan di pameran IFA2018, tiada sebarang khabar berita kedengaran di Malaysia lagi. Kebiasaannya, Sony akan membawakan peranti terbaru mereka dengan pantas ke Malaysia.

Di SIRIM juga, tiada telefon pintar baru Sony diperakui sejak bulan Julai 2018, dengan telefon terakhir yang disenaraikan ialah Xperia XZ2 Premium.

Laman web Sony Mobile Malaysia hanya menyenaraikan Xperia XZ2 Premium, XZ2 dan XZ2 Compact sebagai telefon pintar terbaru mereka. Perkara yang sama di  Singapura, Thailand dan Vietnam. Berbeza dengan Indonesia, kerana Xperia Z5 adalah telefon pintar terakhir yang ditawarkan di sana.

Kehilangan ini semakin kuat dirasai apabila Stor Rasmi Sony Mobile di 11street yang diuruskan oleh Thorus, telah kosong tanpa sebarang stok dengan interaksi terakhir bersama pelanggan ialah pada November 2018.

Di Stor Online Sony Malaysia, kategori telefon pintar sudah tiada lagi disenaraikan. Manakala Facebook Sony Mobile Malaysia pula, hanya terdapat beberapa post yang mengetengahkan model lama seperti XZ Premium dan XZ2.

Semua petunjuk ini menuju ke satu perkara, Sony Mobile Malaysia sudah tiada lagi dan telefon pintar Sony Xperia tidak lagi dijual secara rasmi di Malaysia. Tetapi mereka masih lagi aktif berniaga di rantau lain Asia seperti Jepun, Korea Selatan, China dan Taiwan.

Penghasilan telefon pintar adalah satu perniagaan yang sangat berdaya saing, apatah lagi dengan kebangkitan pengeluar dari China. Sony dilihat jauh ketinggalan dalam memastikan mereka dapat menawan hati pengguna, terutama dengan rekaan telefon pintar yang dilihat ketinggalan zaman seperti dalam siri Xperia X.

Situasi ini sedikit sebanyak menyerupai apa yang terjadi pada Nokia dan BlackBerry, di mana syarikat teknologi gergasi boleh hilang sekelip mata apabila mereka tidak dapat menangkap trend terkini pengguna.

Sony adalah pengeluar terawal memperkenalkan telefon pintar kalis air bersama speaker stereo. Tetapi mereka gagal menggunakannya untuk kelebihan mereka. Selain Sony, Motorola juga dilihat telah meninggalkan pasaran Malaysia. Manakala LG Mobile, seperti sudah lama tidak wujud di sini.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: Sonysony xperia
Najib

Najib

POPULAR

Xperia XA2 Ultra Tanda Kembalinya Kewarasan Sony

Adakah Sony tidak lagi menjual telefon pintar di Malaysia dan Asia Tenggara?

4 January 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN