• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi MIX 3 sah tiba di Malaysia hujung minggu ini

  • OLEH Najib
  • 7:22 pm
  • 07/01/2019
  • Komen
Mi MIX 3 sah tiba di Malaysia hujung minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat telefon pintar nirbingkai Xiaomi, tidak lama lagi boleh memiliki model terbaru Mi MIX 3 apabila ia diumumkan akan tiba di Malaysia hujung minggu ini. Mi MIX 3 merupakan telefon pintar dengan skrin boleh gelungsur, untuk menyembunyikan kamera hadapan.

Facebook Mi Malaysia hari ini berkongsi tarikh pelancaran Mi MIX 3 di Malaysia, pada hari Sabtu ini, 12 Januari 2019. Tidak dimaklumkan adakah ia akan mula dijual pada tarikh yang sama, atau ia hanyalah untuk tempahan awal. Tetapi mengikut kebiasaan Mi Malaysia sebelum ini, mereka tidak membuat tempahan awal, sebaliknya terus menjual pada hari ia dilancarkan.



Bulan lepas, Mi Malaysia telah pun memaklumkan akan menjual Mi MIX 3 di Malaysia pada bulan Januari. Mereka turut menyatakan, harga jualan Mi MIX 3 akan berada di bawah RM2,500.

Untuk rujukan, Mi MIX 3 telah dijual di China dalam tiga variasi, serta satu edisi khas yang dipanggil Edisi Kota Larangan (Forbidden City).



Harga jualannya adalah seperti berikut:

  • Mi MIX 3 (6GB/128GB) – RMB3,299 (~RM1,979)
  • Mi MIX 3 (8GB/128GB) – RMB3,599 (~RM2,158)
  • Mi MIX 3 (8GB/256GB) – RMB3,999 (~RM2,398)
  • Edisi Khas Kota Larangan
    Mi MIX 3 (10GB/256GB) RMB4,999 (~RM2,998)

Jika anda belum kenal, Mi MIX 3 adalah telefon dari siri nirbingkai terbaru dari Xiaomi. Skrinnya berukuran 6.39-inci, dari jenis Super AMOLED dengan resolusi HD Penuh+. Ia dikuasakan cip Snapdragon 845 bersama pilihan RAM 6GB, 8GB atau 10GB. Storan pula sehingga 256GB.

Kali ini, Mi MIX 3 membawakan konsep nirbingkai penuh tanpa kamera di hadapan. Kamera ini tersimpan di belakang skrin, boleh diakses dengan melungsurkan skrin ke bawah.

Untuk kamera hadapan, ia dilengkapi dwi-lensa 24MP+2MP. Manakala kamera belakang menggunakan dwi-lensa, lensa utama 12MP F1.8 dan lensa telefoto 12MP F2.4.

Bateri di dalam Mi MIX 3 hanyalah 3,200mAh, kapasiti yang sangat kecil dibandingkan dengan telefon pintar Xiaomi yang lain. Tetapi ia menyokong pengecasan wayarles pantas, yang mungkin disertakan bersama pembelian Mi MIX 3 nanti.

Tags: mi mix 3xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Mi MIX 3 sah tiba di Malaysia hujung minggu ini

Mi MIX 3 sah tiba di Malaysia hujung minggu ini

7 January 2019
AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER