• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Redmi Note 7 Usyar Takhta Midrange Terbaik 2019

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:25 pm
  • 10/01/2019
  • Komen
Redmi Note 7 Usyar Takhta Midrange Terbaik 2019
Share on FacebookShare on Twitter

Sejurus memasuki tahun 2019, Redmi tak berlengah-lengah lagi untuk cuba memateri kedudukan mereka selaku raja telefon kelas pertengahan, seperti legenda Redmi Note 5. Bersama-sama dengan pengumuman Redmi sebagai subjenama baru Xiaomi, Redmi Note 7 turut dilancarkan.

Mengikut helaian spesifikasi, tidak ada masalah untuk telefon ini menjadi peranti midrange terbaik sekurang-kurangnya untuk separuh pertama 2019.



Faktor pelaris telefon siri ini sejak sekian lama adalah pada harganya. Ia dijual bermula dari RMB999 (RM603), harga yang memang menarik kerana semua varian telefon ini menggunakan Snapdragon 660 dan beza harganya bergantung pada RAM dan storan yang hadir bersamanya.

Kemudian, ia adalah Redmi Note pertama yang dilengkapi USB-C dengan bateri 4,000mAh. Tambah menarik, teknologi Quick Charge 4.0 turut disokong telefon ini sejurus keluar kotak, memberikannya kelebihan berbanding Realme 2 Pro dan Asus ZenFone Max Pro M2.



Masih tak terhenti dengan pembaharuan menarik, saya yakin yang Redmi Note 7 bakal jadi telefon berkamera 48MP termurah setakat ini. Untuk kamera belakang, anda akan menemui dwikamera 48MP+5MP manakala kamera depan adalah 13MP.

Daripada segi fizikaliti, bahagian mukanya dihiasi paparan 6.3″ pada resolusi HD Penuh. Notch kerdil berbentuk ladung hadir pada bahagian dahinya dan bingkai pada bahagian dagu sedikit besar berbanding bahagian lain.

Redmi Note 7 dijual di China pada harga seperti berikut:

  • RAM 3GB + Storan 32GB – RMB999 (RM603)
  • RAM 4GB + Storan 64GB – RMB1199 (RM724)
  • RAM 6GB + Storan 64GB – RMB1399 (RM845)

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Spesifikasi Redmi Note 7

Attention: The internal data of table “141” is corrupted!
Tags: redmi noteredmi note 7xiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Redmi Note 7 Usyar Takhta Midrange Terbaik 2019

Redmi Note 7 Usyar Takhta Midrange Terbaik 2019

10 January 2019
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
EV terbakar di Alam Damai, adakah ia Mercedes-Benz EQE?

EV terbakar di Alam Damai, adakah ia Mercedes-Benz EQE?

19 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN