Huawei umum program ganti bateri baru RM99

Anda dah lama gunakan telefon pintar Huawei? Ada rasa bateri telefon Huawei anda tidak sebaik ia mula-mula dibeli? Maka anda bernasib baik kerana Huawei akan menawarkan program penggantian bateri pada harga yang rendah.

Bermula dari 14 Januari hingga 20 Februari 2019, sebanyak 11 model telefon pintar Huawei layak menyertai program penggantian bateri dengan harga RM99 sahaja. 11 model telefon pintar tersebut ialah:

  1. Mate 8
  2. Mate 9
  3. Mate 9 Pro
  4. P9
  5. P10
  6. P9 Lite
  7. P10 Lite
  8. P10 Plus
  9. Nova 2i
  10. Nova Lite
  11. Y7 Prime

Orang ramai boleh menikmati tawaran ini sepanjang tempoh kempen berjalan, di Semua Pusat Servis Berdaftar. Huawei juga menyatakan ia tertakluk pada terma dan syarat, tetapi tidak memaklumkan dengan lebih lanjut.

Dalam satu balasan kepada komen pengguna di Facebook, walaupun P9 tersenarai, model P9 Plus tidak termasuk dalam kempen ini kerana stok yang tidak mencukupi sehingga Mac 2019.

Adakah ini satu lagi balasan Huawei terhadap kempen penggantian bateri iPhone oleh Apple? Apple melakukannya sebagai jawapan kepada aduan orang ramai tentang prestasi iPhone yang menurun dek sekatan yang diletakkan Apple untuk memanjangkan hayat bateri.

[Sumber: Huawei Mobile Malaysia]

BACA  Pengguna tidak perlu bimbang, Huawei akan terus beri kemaskini keselamatan & khidmat lepas jualan