• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mikrolaptop Ini Lebih Banyak Port Daripada MacBook Air

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:43 pm
  • 14/01/2019
  • Komen
Mikrolaptop Ini Lebih Banyak Port Daripada MacBook Air
Share on FacebookShare on Twitter

GPD adalah sebuah syarikat yang berpengkalan di Shenzhen yang menghasilkan komputer tapak tangan. Walaupun tidak berapa dikenali dalam kalangan pengguna arus utama, ia amat popular dalam komuniti undeground.

Produk terbaru yang digayakan mereka di CES 2019 adalah sebuah laptop telapak tangan yang agak berkuasa jika dibandingkan dengan saiznya. GPD MicroPC dikuasakan cip Intel Celeron N4100 dengan RAM 4GB serta storan SSD M.2 128GB. Paparannya berkeluasan 6″” dengan resolusi 720p.



Ramai pengunjung reruai GPD di CES 2019 memuji produk ini kerana memiliki port I/O yang banyak, lebih banyak berbanding kebanyakkan laptop konvesional lain. Antaranya adalah:

  • 3 x USB-A 3.0
  • 1 x USB-C
  • HDMI 1.4
  • Serial
  • Pembaca microSD
  • RJ45

Ia turut miliki papan kekunci fizikal dengan lampu latar LED serta touchpad di sudut atas kanan. Bateri yang dibekalkan kepadanya ada sebesar 6,200mAh.



MicroPC amatlah memudahkan golongan pentadbir sistem terutamanya rangkaian komputer yang perlukan sebuah komputer yang mudah dibawa dan miliki cara penyambungan yang lengkap. Misalnya, pentadbir server mengawal selia peralatan menggunakan port RJ45 ataupun serial yang ada dibelakangnya.

Golongan kedua yang pastinya dapati microPC sangat berguna adalah gamers. Dengan spesifikasi sebegitu, mereka boleh menjalan emulator untuk platform permainan kegemaran daripada platform gen-1 hinggalah generasi PS1 tanpa masalah. Pendek kata, ia adalah konsol permainan poket yang amat versatil.

GPS MicroPC akan menemui peminatnya pada harga USD299. Layari laman rasmi GPD untuk maklumat lanjut.

Tags: gpdgpd micropclaptop
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Mikrolaptop Ini Lebih Banyak Port Daripada MacBook Air

Mikrolaptop Ini Lebih Banyak Port Daripada MacBook Air

14 January 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN