• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus juga mahu abaikan skrin bertakuk?

  • OLEH Najib
  • 10:08 am
  • 14/01/2019
  • Komen
OnePlus juga mahu abaikan skrin bertakuk?
Share on FacebookShare on Twitter

Tibanya tahun baru bermakna akan ada model baru diperkenalkan. Ia juga sama untuk OnePlus, di mana mereka memaklumkan mahu jadi yang pertama memperkenalkan telefon pintar dengan rangkaian 5G di Eropah.

Baru-baru ini, telah mula tersebar berita tentang pengganti OnePlus 6T. SlashLeaks, salah satu pembocor berita telefon pintar berkongsi sebuah gambar tentang telefon pintar OnePlus yabg tidak dikenali.



Dalam gambar tersebut, peranti di sebelah OnePlus 6T itu kelihatan memiliki pembesar suara yang agak panjang di atas skrin. Malah, ia memiliki ruang yang agak besar di atas skrin.

#OnePlus – #OnePlus7 – OnePlus 7 leaked https://t.co/STBcjEJiKe pic.twitter.com/SqMG6WJPwV

— /LEAKS (@Slashleaks) January 12, 2019

Dari rupa sebegitu, ia seakan memberitahu tentang fizikal lain peranti tersebut. Skrin gelungsur.



Menggunakan skrin gelungsur seperti Mi MIX 3, ia akan mengeluarkan modul kamera hadapan yang tersembunyi di belakang skrin.

Ada cakap-cakap yang gambar ini sebenarnya adalah Oppo Find X dengan modul kamera tersembunyi bermotor. Tetapi PhoneArena membidasnya kerana terdapat butang merah notifikasi yang menjadi ikon peranti OnePlus, di bahagian sisi, atas butang kuasa.

– OnePlus 5 = Oppo R11
– OnePlus 5T = Oppo R11S
– OnePlus 6 = Oppo R15
– OnePlus 6T = Oppo R17
– OnePlus 7 = Oppo Find X?

It's weird 🤔

— Davide Grasso (@davie_grrr) January 12, 2019

Ramai telah mengetahui bahawa peranti OnePlus direka berasaskan model telefon pintar Oppo. Davide Grasso berkongsi tentang kaitan peranti OnePlus dan Oppo sebelum ini. Tetapi model Oppo untuk OnePlus di gambar ini masih tidak diketahui.

Adakah ia akan menjadi petanda model baru Oppo yang akan datang, menggunakan mekanisma skrin gelungsur? Mungkin untuk OnePlus Find X2? Masih menjadi tanda tanya.

Pelancaran OnePlus 7 mungkin akan dibuat lebih awal dari sebelumnya. OnePlus 5 telah dilancarkan pada Jun 2017, manakala OnePlus 6 pada Mei 2018. Mungkin kita boleh melihat OnePlus 7 seawal bulan April tahun ini.

Rekaan skrin bertakuk nampaknya semakin mula kehilangan tempatnya. Terdapat pelbagai cara pengeluar menggantikan rekaan skrin bertakuk ini, seperti menggunakan skrin gelungsur dan skrin berlubang. Skrin bagaimana yang anda gemari? Kongsikan pendapat anda dalam ruang komen di bawah.

[Sumber: SlashLeaks, PhoneArena]

Tags: OnePlusOnePlus 7
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
OnePlus juga mahu abaikan skrin bertakuk?

OnePlus juga mahu abaikan skrin bertakuk?

14 January 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER