• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda Boleh Dapatkan Razer Phone 2 Pada RM101/bulan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:35 pm
  • 15/01/2019
  • Komen
Anda Boleh Dapatkan Razer Phone 2 Pada RM101/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Razer Phone 2 adalah telefon pertama mereka yang memasuki Malaysia secara rasmi. Ia kini mula boleh dibeli melalui pengedar sah seluruh Malaysia ataupun melalui telco Maxis dan juga U Mobile.

Berbanding generasi sebelumnya, Razer Phone 2 membawakan beberapa penambahbaikkan yang menarik. Perubahan tersebut adalah seperti penggunaan CPU lebih baru iaitu Snapdragon 845.



Rekaan sama seperti sebelumnya tapi ada penambahbaikkan di sebaliknya

Kemudian, ia kini kalis air pada tahap IP67, yang pertama seumpamanya dalam telefon berkategori gaming. Juga yang pertama dalam kategori gaming adalah pengecasan Qi Wireless.



Yang dikekalkan adalah seperti fizikaliti Razer Phone. Ia masih berbentuk kuboid dengan sisi yang agak tajam untuk dipegang sebelah tangan. Panel paparan 5.72″ beresolusi QHD dengan refresh rate 120Hz memang menjadi trademark kepada Razer tetap hadir dalam Phone 2.

Dwikamera belakang 12MP + 12MP sama seperti sebelumnya

Tapi, bahagian storannya masih di tahap lama iaitu 64GB sedangkan Asus ROG Phone varian paling murahnya memiliki storan 128GB. Hanya satu varian RAM disediakan iaitu 8GB.

Selain daripada kedudukan dwikamera belakang yang berubah ke bahagian tengah, ia masih menggunakan sensor 12MP+12MP. Swafoto pula menggunakan kamera 8MP.

Dok pengecas Chroma dijual berasingan

Manfaat daripada penggunaan CPU yang lebih baru, baterinya menyokong teknologi pengecasan QuickCharge 4.0+ untuk mengisi bateri 4,000mAh-nya dari 0 hingga 50 peratus dalam masa 30 minit sahaja.

Jika anda ingin memiliki sebuah Razer Phone 2, ia dijual pada harga RM3,449. Untuk lebih kefleksibelan, telco U Mobile dan Maxis ada menyediakan skim pemilikan mudah.

Untuk U Mobile, Razer Phone 2 boleh dihimpunkan bersama:

  • Unlimited Hero P99
  • Unlimited Hero P139

Razer Phone 2 pada harga subsidi

Dengan pelan-pelan itu, anda boleh dapatkan Phone 2 pada harga subsidi iaitu masing-masing RM2,799 dan juga RM2,299. Jika anda ingin membeli secara ansurans, kadarnya adalah RM129/bulan untuk Unlimited Hero P99 ataupun RM120/bulan untuk Unlimited Hero P139.

Beli Razer Phone 2 secara ansurans

Ada juga tawaran khas dari U Mobile untuk Razer Phone 2. Sekiranya anda tergolong dalam kalangan 500 pembeli awal, anda akan menerima 100 Razer Gold bernilai RM100. Tawaran lebih menarik menanti anda jika pembelian dilakukan di U Mobile Berjaya Times Square.

50 pembeli terawal akan menerima 100 Razer Gold dan juga beberapa aksesori lain seperti hedfon Bluetooth Razer Hammerhead, gelas Razer Chroma, coaster Razer, t-shirt Razer dan juga lanyard Razer.

Di pihak Maxis, anda boleh dapatkan Razer Phone 2 pada ansurans serendah RM101/bulan melalui program Zerolution, ataupun pada harga subsidi RM2,029.

Tags: razerrazer phone 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Anda Boleh Dapatkan Razer Phone 2 Pada RM101/bulan

Anda Boleh Dapatkan Razer Phone 2 Pada RM101/bulan

15 January 2019
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER