• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo mahu perkenal kamera dengan 10x zum di telefon?

  • OLEH Najib
  • 2:20 pm
  • 15/01/2019
  • Komen
Oppo mahu perkenal kamera dengan 10x zum di telefon?
Share on FacebookShare on Twitter

Dua tahun lepas di pameran MWC 2017, OPPO memperkenalkan satu konsep yang menarik. Kamera periskop berkeupayaan 5x zum optikal. Tetapi ia hanyalah tinggal konsep kerana tidak digunakan di mana-mana telefon pintar OPPO.

Tetapi ia mungkin akan terlaksana tidak lama lagi.



OPPO akan mengadakan satu acara di Beijing, China pada 16 Januari 2019. Ia dikatakan adalah majlis yang akan memperkenalkan kamera dengan teknologi 10x zum.

Poster acara tersebut memperlihatkan objek seperti prisma, dengan cahaya terpancar melaluinya menghasilkan nombor 10. Bagaimanapun, belum dapat dipastikan adakah ia cuma satu lagi pengenalan konsep, atau pelancaran produk sebenar.



Perkara ini telah disebut sebelum ini oleh pembocor berita bersiri @UniverseIce dalam tweet beliau tahun lepas. Beliau mengatakan, OPPO akan memperkenalkan teknologi kamera dengan 10x zum hibrid dalam pameran CES di Amerika Syarikat, atau pameran MWC di Sepanyol.

The OPPO official said it will release a 10x hybrid optical zoom technology, which we will see at CES or MWC as early as possible.

— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) December 25, 2018

Tetapi jika benar seperti dimaklumkan dalam poster ini, kita akan mengetahui tentangnya pada hari esok, 16 Januari 2019.

10x zum di telefon sebenarnya bukanlah perkara baru. Samsung pernah memperkenalkannya pada Galaxy K Zoom pada tahun 2014. Cuma, ia sebenarnya kamera digital dengan keupayaan telefon pintar. Jadi ia sangat tebal dan berat.

[Sumber: myDrivers, GSMarena]

Tags: oppo
Najib

Najib

POPULAR

Oppo mahu perkenal kamera dengan 10x zum di telefon?

Oppo mahu perkenal kamera dengan 10x zum di telefon?

15 January 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN