• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO sah membangunkan kamera dengan 10x zum optikal

  • OLEH Najib
  • 7:03 pm
  • 16/01/2019
  • Komen
OPPO sah membangunkan kamera dengan 10x zum optikal
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO hari ini mengesahkan tentang ura-ura berkenaan pembangunan kamera dengan 10x zum. Ia akan menggunakan teknologi seperti periskop, sama seperti yang mereka bentangkan dua tahun lalu.

Cuma kali ini, ia menggunakan tiga lensa. Untuk mencapai 10x zum, ia menggunakan gabungan dua lensa, lensa ultra lebar dan lensa telefoto. Prisma digunakan diantara dua lensa ini, bergerak seperti teleskop untuk memberikan kesan 10x zum. Zum ini memiliki panjang fokus setara 35mm, dari 15.9-159mm. Untuk perbandingan, Huawei Mate 20 juga menggunakan tiga lensa dengan panjang fokus 16-80mm.



Lensa ketiga ialah lensa utama untuk mengambil gambar biasa. Bagaimanapun, tiada maklumat berkenaan apertur untuk ketiga-tiga lensa ini. Maklumat apertur penting kerana ia menjadi ukuran untuk kecerahan gambar. Penstabil imej optikal (OIS) pula akan terdapat pada lensa utama dan lensa telefoto.

Menurut OPPO, teknologi 10x zum optikal hibrid ini memiliki lebih 100 paten R&D. Ia juga telah diuji dengan ujian jatuh sebanyak 28,000 kali, dan melepasi keperluan untuk penghasilan komersial.



Dalam majlis yang sama, OPPO turut mengumumkan pengimbas capjari dalam skrin yang lebih luas. Ia 15x lebih besar dari yang terdapat di OPPO R17 dan boleh mengimbas dua jari serentak. Teknologi ini akan tersedia di peranti OPPO sekitar hujung tahun 2019.

OPPO tidak menyediakan sebarang produk untuk diuji semasa majlis ini. Bagaimanapun mereka akan menyediakan prototaip teknologi ini untuk dicuba orang ramai semasa pameran MWC 2019 kelak.

[Sumber: MyDrivers 1, 2, GSMarena]

Tags: 10x zumoppo
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
OPPO sah membangunkan kamera dengan 10x zum optikal

OPPO sah membangunkan kamera dengan 10x zum optikal

16 January 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER