Sony α6400 Jadi Yang Pertama Dengan Skrin Boleh Kilas Dalam Keluarganya

Sony α6500 dimumkan pada penghujung 2016. Selepas tiga tahun, hari ini Sony mengumumkan kembar kepada α6500 iaitu α6400 kecuali pada beberapa bahagian.

Sekiranya anda sedang menggunakan α6500, anda tak perlu tergopoh gapah untuk menjualnya. Anatara yang dikekalkan dalam α6400 adalah seperti:

  • Sensor APS-C 24.2MP
  • CPU Bionz X
  • Sony E-mount
  • Video [email protected]
  • Tangkapan selanjar sehingga 11 fps
  • Skrin LCD berukuran 3″
  • Viewfinder berukuran 0.39″

Malahan anda akan rasakan α6400 adalah telah dituruntarafkan kerana kehilangan penstabil imej dalam badan (IBIS). Itu adalah perbezaan paling ketara antara keduanya.

Perbezaan yang kedua adalah ia kini dilengkapi skrin boleh kilas 180 darjah tetapi ia dikilas ke atas dan bukan ke sisi. Jadi, sekiranya anda ber-vlogging menggunakan mikrofon yang diletakkan di hotshoe, sudah tentu paparannya akan terhalang.

Di A.S, α6400 badan sahaja berharga USD900 (RM3,701). Terdapat pakej bundle yang menyertakan lensa 16-50mm atuapun 18-135mm tetapi harganya masih belum diumumkan.

Untuk perbandingan, α6500 dijual di Malaysia pada harga RM5,049. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  LUMIX S1R Sertai Parti Full Frame Dengan Sensor 47.3MP