• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pembelian Honor View 20 boleh dapat hadiah bernilai RM700

  • OLEH Najib
  • 6:33 pm
  • 17/01/2019
  • Komen
Pembelian Honor View 20 boleh dapat hadiah bernilai RM700
Share on FacebookShare on Twitter

Kami telah memaklumkan tentang jualan hari pertama Honor View 20 di Malaysia, akan diadakan pada 26 Januari di 1Utama. Kini maklumat penuh tentangnya telah diketahui. Honor Malaysia akan mengadakan jerayawara terbesar mereka, selama dua hari di 1 Utama Shopping Centre.

Jualan hari pertama Honor View 20 akan berjalan pada hari Sabtu dan Ahad, 26 & 27 Januari 2019. Ia diadakan di pusat membeli-belah 1 Utama. Jualan ini sebenarnya merupakan sebahagian dari jerayawara Honor yang diadakan dari 23 hingga 27 Januari di tempat yang sama.



Terdapat dua versi Honor View 20 akan dijual di Malaysia. Versi pertama memiliki RAM 6GB dan storan 128GB. Manakala versi kedua datang dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Bagaimanapun, Honor masih belum berkongsi harganya. Untuk perbandingan, Honor View 20 yang dikenali sebagai V20 di China, di jual di sana dengan harga:

  • RAM 6GB + storan 128GB – RMB2,999 (~RM1,815)
  • RAM 8GB + storan 256GB – RMB3,999 (~RM2,421)

Kami jangkakan harganya di Malaysia sekitar RM1,899 untuk storan 128GB dan RM2,499 bagi storan 256GB.



Honor Malaysia turut mengumumkan hadiah percuma bernilai lebih dari RM700 untuk pembeli terawal Honor View 20 di jerayawara tersebut. Terdapat dua tahap pembeli terawal dengan hadiah berbeza disediakan.

Untuk 200 pembeli Honor View 20 terawal, mereka akan menerima jam pintar Honor Watch Magic dan Honor Backpack. 800 pembeli selepas itu akan menerima gelang pintar Honor Band 4 dan Honor Backpack. Bermakna, 1000 pembeli terawal Honor View 20 layak menerima hadiah percuma ini.

Honor Watch Magic (kiri) dan Honor View 20 (kanan)

Honor Watch Magic ialah jam pintar terbaru dari Honor, dan akan turut dilancarkan bersama-sama Honor View 20 di Paris pada 22 Januari kelak. Jam ini menampilkan skrin AMOLED berukuran 1.2-inci, dengan resolusi tinggi 390×390.

Harganya? Mungkin tidak sampai RM700, sebab Honor menjelaskan hadiah percuma pembeli terawal Honor View 20 bernilai lebih RM700. Jadi, kami jangkakan Honor Watch Magic ini mungkin berharga RM699. Harapnya betul apa yang kami anggarkan ni.

Jangan terlepas untuk menjadi yang terawal memiliki Honor View 20 bersama Honor Watch Magic. Jualan akan dibuka bermula jam 9 pagi pada hari Sabtu, 26 Januari 2019 di Ground Floor of Highstreet @ 1 Utama Shopping Centre.

Tags: honorView 20Watch Magic
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Pembelian Honor View 20 boleh dapat hadiah bernilai RM700

Pembelian Honor View 20 boleh dapat hadiah bernilai RM700

17 January 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER