• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A7 dengan tiga kamera kini RM200 lebih murah

  • OLEH Najib
  • 12:33 pm
  • 17/01/2019
  • Komen
Lebih RM300 hadiah untuk tempahan awal tiga kamera Galaxy A7
Share on FacebookShare on Twitter

Galaxy A7 (2018) merupakan telefon pertama dari Samsung yang dipasang tiga kamera di belakang. Ia dilancarkan pada Oktober tahun lepas dengan harga RM1,299. Hari ini, harga rasminya diumumkan turun RM200 kepada RM1,099 sahaja.

Ia datang dalam tiga pilihan warna iaitu Biru, Hitam dan Emas. Telefon ini juga memiliki storan yang besar iaitu 128GB. Seperti kebanyakan peranti baru Samsung, Galaxy A7 sedia menerima kad mikroSD sehingga 512GB.



Tiga kamera belakang Galaxy A7 ini merupakan gabungan lensa 24MP F1.7, lensa ultra-lebar 120-darjah 8MP F2.4, serta lensa ketiga pengesan kedalaman 5MP F2.2. Kamera hadapan pula 24MP.

Kuasa pemproses di dalam Galaxy A7 diuruskan oleh cip Exynos 7885 8-teras berkelajuan 2.2GHz. RAM pula sebanyak 4GB.



Skrin Galaxy A7 (2018) menggunakan paparan Super AMOLED tidak bertakuk. Ia berukuran 6.0-inci dalam nisbah 18:9 dan resolusi HD Penuh+ (2220×1080).

Badan belakang peranti ini diperbuat dari kaca, dan tiada pengimbas capjari di depan dan belakang. Ini kerana pengimbas capjari terletak di sisi, ditanam di dalam butang kuasa.

Bateri sebesar 3,300mAh dimuatkan di dalamnya yang dicas melalui port mikroUSB, dan ia masih memiliki port audio 3.5mm di bawah. Telefon ini juga menyokong pembayaran Samsung Pay.

Sistem operasi berasaskan Android 8.0 Oreo menjadi tunjang penggeraknya. Ia dimaklumkan akan menerima Android 9 Pie bersama antaramuka Samsung OneUI pada bulan April 2019.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman produk Samsung Galaxy A7 (2018).

Tags: Galaxy A7samsung
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Lebih RM300 hadiah untuk tempahan awal tiga kamera Galaxy A7

Galaxy A7 dengan tiga kamera kini RM200 lebih murah

17 January 2019
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER