fbpx

Lebih RM300 hadiah untuk tempahan awal tiga kamera Galaxy A7

Telefon Samsung yang pertama dengan tiga kamera belakang, kini telah mula dibuka tempahan awal. Dari 15 hingga 21 Oktober 2018, Samsung menawarkan hadiah percuma bernilai lebih RM300 untuk mereka yang membuat tempahan awal Galaxy A7 (2018).

Hadiah percuma tersebut berupa tripod mini swafoto, mug, serta pelan perlindungan skrin Samsung, semuanya berjumlah RM302. Tempahan awal boleh dibuat dalam talian menerusi laman web Samsung Malaysia, dan akan dihantar atau boleh mula diambil bermula 24 Oktober 2018.

Galaxy A7 (2018) dijual di Malaysia pada harga RM1,299. Terdapat tiga warna pilihan dalam tempahan awal ini iaitu Hitam, Emas dan Biru.

Tiga kamera belakang Galaxy A7 yang baru ini merupakan gabungan lensa 24MP F1.7, lensa ultra-lebar 120-darjah 8MP F2.4, serta lensa ketiga pengesan kedalaman 5MP F2.2. Kamera hadapan pula 24MP.

Skrin Galaxy A7 (2018) menggunakan paparan Super AMOLED, berukuran 6.0-inci dalam nisbah 18:9 dan resolusi HD Penuh+ (2220×1080). Samsung masih kekal tidak mengenakan takuk pada telefon pintar mereka.

Kuasa terasnya diuruskan oleh cip pemproses 8-teras 2.2Ghz, yang tidak pula dinyatakan dari jenis apa. RAM disediakan sebesar 4GB bersama storan dalaman seluas 128GB. Kad mikroSD memiliki slot berasingan dari kad sim, dan boleh dimuatkan sehingga 512GB.

Badan belakang peranti ini diperbuat dari kaca, dan tiada pengimbas capjari di depan dan belakang. Ini kerana pengimbas capjari terletak di sisi, ditanam di dalam butang kuasa.

Bateri sebesar 3,300mAh dimuatkan di dalamnya yang dicas melalui port mikroUSB, dan ia kelihatan masih memiliki port audio 3.5mm di bawah. Sistem operasi berasaskan Android 8.0 Oreo menjadi tunjang penggeraknya.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman produk Samsung Galaxy A7 (2018).

BACA  Anda Berpeluang Namakan Planet Ini Bila Sertai Pertandingan Ini