• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:09 pm
  • 14/10/2026
  • Komen
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia telah mengumumkan ahli terbaru dalam keluarga Honor 600, iaitu Honor 600S 5G.

Berbanding model lain dalam siri ini yang menyasarkan segmen kelas pertengahan premium, model baharu ini ditawarkan pada harga lebih mampu milik, sambil mengekalkan beberapa ciri utama seperti bateri berkapasiti besar dan perlindungan fizikal yang dipertingkatkan.



Antara ciri utamanya ialah bateri 8,100mAh, pengecasan pantas 45W dan penarafan ketahanan air IP69K.

Harga dan ketersediaan Honor 600S 5G

Honor 600S 5G ditawar hanya dalam satu varian di Malaysia dengan RAM 4GB dan storan 256GB pada harga RM1,299 di Malaysia.



Bersempena pelancarannya, Honor turut menawarkan pakej pelancaran bernilai RM199 untuk pembelian terus melalui HONOR Experience Store, pengedar sah dan platform jualan dalam talian rasmi termasuk Lazada dan Shopee.

Pakej ini merangkumi rebat segera RM100 serta jaminan lanjutan selama setahun, menjadikan tempoh jaminan keseluruhan dua tahun. Dengan rebat tersebut, Honor 600S 5G boleh dibeli pada harga lebih rendah RM1,199.

Honor 600S 5G turut ditawarkan bersama beberapa pelan telco terpilih:

  • CelcomDigi: Percuma dengan Pakej MegaJimat.
  • U Mobile: Percuma dengan pelan Ultra Global 98.
  • Maxis: Percuma dengan Postpaid 139 atau RM59 dengan Postpaid 109.
  • Yes 5G: Ansuran bermula RM67 sebulan bersama pakej Infiniti+ Basic.

Tawaran telco tertakluk pada terma dan syarat masing-masing.

Spesifikasi Honor 600S 5G

Honor 600S 5G dipacu cip kelas permulaan, Qualcomm Snapdragon 4 Gen 4. Cip ini dipadankan dengan RAM fizikal 4GB serta tambahan 8GB RAM maya melalui teknologi HONOR Turbo RAM. Storan dalaman pula berkapasiti 256GB.

Di hadapan, telefon ini menggunakan skrin berukuran 6.87 inci dengan resolusi HD+ 1,592 x 720 piksel dan kecerahan puncak sehingga 1,020 nits. Skrin ini turut dilengkapi teknologi Wet-Hand Touch yang membantu memastikan sentuhan kekal responsif ketika jari basah atau skrin terkena air hujan.

Untuk fotografi, Honor 600S 5G mempunyai kamera utama 50MP di belakang yang dipadankan dengan sensor kedalaman tambahan. Di hadapan pula, terdapat kamera swafoto 5MP.

Kapsiti bateri yang dimuatkan pada telefon bersaiz 8,100mAh yang menurut Honor mampu menawarkan penstriman video media sosial selama lebih 21 jam atau permainan berterusan selama lebih 15 jam dengan sekali cas. Ia turut menyokong pengecasan pantas berwayar Honor SuperCharge 45W.

Dari segi reka bentuk, Honor 600S 5G menggunakan bingkai dan panel belakang rata, dengan ketebalan 8.3mm serta berat 216.5g. Di bahagian sisi, terdapat butang kuasa, butang pelarasan kelantangan dan butang AI khusus. Skrinnya pula menampilkan lubang kamera swafoto di bahagian tengah.

Selain itu, telefon ini turut menggunakan struktur seni bina Cushioning and Fall Protection yang menurut Honor membolehkannya kalis jatuhan dari ketinggian sehingga 2.5 meter. Ia turut dilengkapi penarafan IP68, IP69 dan IP69K untuk perlindungan daripada air dan habuk. Honorjuga menyatakan telefon ini direka untuk beroperasi dalam suhu persekitaran antara -30°C hingga 50°C.

Ciri lain termasuk pembesar suara stereo dengan mod peningkatan kelantangan sehingga 400%. Telefon ini turut menyokong rangkaian 5G, NFC untuk akses dan pembayaran tanpa sentuh yang disokong, serta menggunakan sistem operasi MagicOS.

Honor 600S 5G ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu emas dan hitam.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Honor 600S 5G.

Tags: honorHonor 600Honor 600S 5Ghonor malaysiatelefon pintar
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN