• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi umum Redmi Go yang dikuasakan Android Go

  • OLEH Najib
  • 3:50 pm
  • 28/01/2019
  • Komen
Xiaomi umum Redmi Go yang dikuasakan Android Go
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi memang sudah lama dikenali sebagai telefon pintar murah yang berbaloi dibeli. Tetapi Xiaomi menggunakan sistem operasi buatan sendiri, MIUI dalam hampir semua model peranti mereka.

Siri Mi A1 membuka jalan kepada penggunaan Android Asli melalui program Android One. Ia diikuti dengan Mi A2 generasi kedua. Tidak lama lagi, Xiaomi akan memperkenalkan telefon bajet super murah berasaskan sistem operasi Android Go.



Hari ini, Xiaomi Filipina mengumumkan satu telefon pintar baru Xiaomi berasaskan Android Go, dikenali sebagai Redmi Go. Peranti Android Go ialah peranti dengan perkakas berkuasa rendah, menjalankan sistem operasi Android Asli yang diubahsuai agar lancar digunakan.

Redmi Go disenaraikan dengan perkakas dalaman seperti cip Qualcomm Snapdragon 4-teras berkelajuan 1.4GHz, bateri 3,000mAh, kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 5MP, serta skrin 5-inci dengan resolusi HD 720p. Dari rupanya, skrin ini memiliki nisbah 16:9.



Hanya ini maklumat yang dikongsikan Xiaomi Filipina. Tiada tarikh jualan dan harga diumumkan lagi.

Tetapi maklumat lain berkenaan peranti ini telah tersebar di alam maya. Ishan Agarwal telah berkongsi menerusi twitternya, berkenaan spesifikasi penuh Redmi Go.

Here's your first look at the Xiaomi Redmi Go, the upcoming Android Go Smartphone. Click on the images below to see full resolution renders and full specs of the upcoming smartphone, launching soon in India! (First spotted by https://t.co/Jha1L96xJX ).#RedmiGO#Redmi#Xiaomi pic.twitter.com/nf6LX4yAOP

— Ishan Agarwal (@ishanagarwal24) January 24, 2019

Dari perkongsian tersebut, Redmi Go dikuasakan cip Snapdragon 425, RAM 1GB dan storan 8GB. Ia sedia menerima kad mikroSD untuk storan tambahan sehingga 128GB. Baterinya 3,000mAh dan akan datang bersama pengecas 5W.

Kamera belakangnya menggunakan lensa 8MP F2.0 berserta LED Flash, Kamera hadapan pula 5MP F2.2. Redmi Go akan menjalankan sistem operasi Android 8.0 Oreo (Go Edition), yang membolehkan sistem dan aplikasi berjalan lancar walau dengan spesifikasi rendah.

Tentang harganya, Ishan menjangkakan ia akan dijual di India berharga Rs5,000 atau kurang. Kalau ditukar terus ke RM, menjadi sekitar RM289. Kurang lebih untuk harga rasmi di Malaysia.

Katakanlah ia akan dijual pada harga RM300, adakah anda akan membelinya dengan spesifikasi seperti di atas? Lebih penting lagi, adakah ia akan dijual di Malaysia?

[Sumber: @ishanagarwal24, Mi Filipina]

Tags: Redmi Goxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi umum Redmi Go yang dikuasakan Android Go

Xiaomi umum Redmi Go yang dikuasakan Android Go

28 January 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN