• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

#KhabarBaik 10GB percuma untuk pelanggan baru Unifi Mobile dan tawaran baru pelan bulanan tanpa had

  • OLEH Najib
  • 9:50 am
  • 01/02/2019
  • Komen
#KhabarBaik 10GB percuma untuk pelanggan baru Unifi Mobile dan tawaran baru pelan bulanan tanpa had
Share on FacebookShare on Twitter

Promosi Tahun Baru Cina kini ditambah dengan tawaran dari Unifi Mobile. Khas buat pelanggan baru prabayar Unifi Mobile, permohonan kad sim dalam tempoh promosi Tahun Baru Cina ini akan memberikan anda 8GB data bonus, bersama 2GB data percuma yang ditawarkan selama ini.

Bermakna, 10GB data percuma jika anda pemohon baru kad sim prabayar Unifi Mobile yang tidak pernah memohon sebelum ini. Tetapi kuota data 10GB ini untuk kegunaan di rangkaian 4G LTE sahaja, 3G memerlukan kuota data lain. Permohonan baru ini turut disertakan 10 minit panggilan percuma dan 10 SMS percuma.



Promosi data tambahan 8GB ini diadakan dari 1 Februari sehingga 31 Mac 2019. Berbeza dengan sebelum ini, setiap satu nombor kad pengenalan hanya boleh memohon satu kad sim sahaja.

Prabayar Unifi Mobile #BEBAS ialah sejenis pelan prabayar dengan kredit tak mati selamanya. Syaratnya, perlu menggunakan talian dalam tempoh 90 hari dalam apa jua aktiviti data, panggilan atau SMS. Kalau guna internet setiap hari, tak payah fikir bila tarikh mati talian.



Permohonan kad sim prabayar Unifi Mobile boleh dimohon menerusi aplikasi Unifi Mobile. Ia boleh dimuat turun di  Apple Appstore atau Google Playstore. Kemudian, ia boleh diambil secara percuma dengan mengunjungi cawangan TM Point berhampiran, atau boleh minta dihantar ke rumah/pejabat dengan bayaran RM10.60.

Selain promosi di atas, Unifi Mobile juga ada satu lagi promosi. Pengguna boleh melanggan pelan BEBAS2NJOY, tanpa had penggunaan selama 30-hari, pada harga RM55 sahaja. Promosi ini sama seperti tawaran hujung tahun lepas.

Perlu diingatkan, pelan tanpa had ini hanyalah untuk kegunaan di rangkaian 4G LTE sahaja. Kuota 3G perlu dibeli berasingan. Promosi tanpa had 30-hari ini terbuka untuk dilanggan dari 1 hingga 10 Februari 2019 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Unifi Mobile #BEBAS.

Tags: khabarbaikTMUnifiUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

#KhabarBaik 10GB percuma untuk pelanggan baru Unifi Mobile dan tawaran baru pelan bulanan tanpa had

#KhabarBaik 10GB percuma untuk pelanggan baru Unifi Mobile dan tawaran baru pelan bulanan tanpa had

1 February 2019
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER