• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tak perlu haram Android Box, SKMM dah halang 246 laman strim tidak sah

  • OLEH Najib
  • 3:16 pm
  • 04/02/2019
  • Komen
Kemas Kini Terbaru Mi Box Bolehkan Anda Berbual Dengan TV
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah lama mengambil tindakan terhadap laman strim tidak sah yang menyalurkan kandungan ke Android Box. Sehingga kini, sebanyak 246 laman strim tersebut telah dihalang aksesnya di Malaysia.

Laman strim tersebut menyediakan kandungan tidak sah seperti filem, dokumentari dan berita menerusi Android Box. Perkara ini diterangkan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin kepada The Star.



Gambar Malay Mail

“SKMM bertindak berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima dari pemilik kandungan. Laman strim terbabit telah melanggar undang-undang dan akta harta intelek, mengakibatkan ia dihalang dari akses ke mana-mana Android Box.” tambah Zulkarnain.



Bagaimanapun, SKMM hanya boleh bertindak beradasarkan aduan yang diterima serta menghalang akses sahaja, kerana SKMM tiada kuasa bertindak ke atas pelanggaran undang-undang hakcipta dan harta intelek.

Menurut Zulkarnain, kebanyakan Android Box yang dijual di pasaran juga tidak sah kerana tidak mendapat pengiktirafan SIRIM. Semua Android Box perlu diikitraf SIRIM, untuk memastikan ia mematuhi standard operasi di Malaysia, agar tidak menganggu frekuensi yang telah duperuntukkan untuk peranti lain.

Hanya beberapa peranti Android Box mendapat pengiktirafan SIRIM dan boleh digunakan secara sah di Malaysia. Kesemua pengimport dan pengedar Android Box perlu memastikan produk mereka telah diuji dan lulus ujian SIRIM serta dipasang pelekat SIRIM, agar ia boleh digunakan secara halal di Malaysia.

Contoh pelekat SIRIM dan MCMC di Televisyen

Denda sehingga RM100,000 dan penjara selama 6 bulan atau kedua-duanya sekali, boleh dikenakan jika pengimport dan pengedar Android Box didapati bersalah melanggar undang-undang. Untuk itu, unit penguatkuasa SKMM telah meningkatkan rondaan dan pemantauan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana penjual Android Box haram, yang kelihatan berleluasa di pusat membeli-belah serta dalam talian.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk mendapatkan Android Box yang telah disahkan SIRIM sahaja kerana dikhuatiri Android Box haram yang mereka beli, mengandungi peralatan intipan yang mengumpulkan maklumat peribadi dan lain-lain maklumat pengguna, seterusnya digunakan untuk mengaut keuntungan tanpa kebenaran. Malah, ia juga mungkin telah dijangkiti virus dan malware yang mengganggu kelancaran internet pengguna dan mungkin mencuri data.

Kenyataan ini dilihat sebagai maklumbalas selepas Singapura mengambil langkah drastik mengharamkan penggunaan Android Box di replublik tersebut. SKMM dilihat tidak mengambil berat tentangnya dan menyatakan akan mengkaji lebih lanjut sebelum membuat sebarang keputusan.

Ada laporan turut menyatakan Astro akan mendapat laba terbesar jika Android Box diharamkan di Malaysia. Tetapi dari maklum balas yang diberikan oleh Zulkarnain, penggunaan Android Box masih mempunyai masa depan yang cerah di Malaysia. Asalkan ia telah berdaftar dengan SIRIM dan menyiarkan kandungan yang tidak melanggar mana-mana peraturan hakcipta dan harta intelek di Malaysia.

[Sumber: The Star]

Tags: Android BoxSKMM
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kemas Kini Terbaru Mi Box Bolehkan Anda Berbual Dengan TV

Tak perlu haram Android Box, SKMM dah halang 246 laman strim tidak sah

4 February 2019
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER