• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hanya Jabatan Kimia Malaysia boleh tentukan DNA Babi dalam makanan

  • OLEH Najib
  • 5:29 pm
  • 07/02/2019
  • Komen
Hanya Jabatan Kimia Malaysia boleh tentukan DNA Babi dalam makanan
Share on FacebookShare on Twitter

Usaha individu atau pihak tanpa autoriti untuk menjalankan tugas penguatkuasaan, boleh menimbulkan lebih banyak kekeliruan. Ini pesanan dari Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Kenyataan ini dikeluarkannya di Facebook beliau, berhubung penularan mesej mengenai sebuah produk pengesan kandungan DNA babi dalam makanan. Produk tersebut dikatakan mampu mengesan DNA babi melalui kit pengesan yang boleh diketahui keputusannya dalam masa hanya 10 minit.



Beliau menjelaskan lagi, hanya keputusan oleh makmal Jabatan Kimia Malaysia sahaja yang boleh dijadikan bukti bagi mana-mana kes pengesanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk makanan. Pengesahan kandungan sesuatu produk hanya boleh dibuat oleh pihak yang berautoriti dan diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia sahaja dengan kriteria-kriteria tertentu.

Perkara ini seterusnya dijawab oleh Iftitah Solutions (M) Sdn Bhd, pemilik jenama Rapidtest dan produk Pork Meat Test. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Syukor Othman berkata, produk itu bukan berfungsi untuk mengesan DNA babi. Sebaliknya produk itu adalah satu daripada mekanisme saringan berasaskan prinsip immunokromatografi iaitu ikatan antigen antibodi yang digunakan untuk mengesan unsur protein babi.



Jelas beliau, ujian yang dilakukan lebih kepada usaha individu meningkatkan keyakinan mereka terhadap sesuatu produk yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang mekanisme ujian yang dapat dijalankan sendiri. Keputusan ujian itu hanyalah untuk menentukan kehadiran unsur protein babi dan bukan penentuan halal dan haram sesuatu produk.

Beliau juga bersetuju bahawa JAKIM adalah badan berautoriti untuk menentukan status halal atau haram, dan Jabatan Kimia Malaysia adalah pihak yang perlu dirujuk dalam penentuan kandungan dalam sesuatu produk.

[Sumber: Astro Awani, Sinar Harian]

Tags: BabiJAKIM
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Hanya Jabatan Kimia Malaysia boleh tentukan DNA Babi dalam makanan

Hanya Jabatan Kimia Malaysia boleh tentukan DNA Babi dalam makanan

7 February 2019
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN