Caj penghantaran FoodPanda turun sempena Tahun Baru Cina

FoodPanda, pakar penghantar makanan di Malaysia kini menurunkan caj perkhidmatan mereka sempena Tahun Baru Cina. Promosi ini berjalan dari 1 hingga 19 Februari 2019.

Sepanjang tempoh promosi ini, caj penghantaran FoodPanda dikurangkan dari RM3 kepada RM1.88 di Lembah Klang. Manakala di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu, caj penghantaran turun dari RM2 kepada RM0.88 sahaja.

Untuk perbandingan, Grab Food mengenakan caj sebanyak RM5 untuk setiap penghantaran.

Pengarah Urusan FoodPanda, Sayantan Das berkata, makanan dapat mengumpulkan manusia dan cara terbaik meraikan tahun baru pastilah dengan nombor bertuah 8. Ia bukan sahaja simbol bertuah dalam budaya China, tetapi nombor 88 melambangkan shuāng xǐ atau ‘Kebahagiaan Berganda’. Dalam hal ini, orang ramai bukan sahaja dapat menerima makanan yang mereka gemari malah ia dihantar dari serendah RM0.88.

Selain dari caj penghantaran dikurangkan, pengguna Foodpanda juga boleh menempah beberapa jenis Yee Sang dari rakan niaga restoran yang terdapat di dalam aplikasi FoodPanda.

[Sumber: SoyaCincau]

BACA  Android Q akan hadir dengan ciri skrin kekal menyala