• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Watch Active bakal iringi ketibaan Galaxy S10

  • OLEH Najib
  • 6:46 pm
  • 11/02/2019
  • Komen
Galaxy Watch Active bakal iringi ketibaan Galaxy S10
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung dilaporkan akan turut memperkenalkan satu jam pintar terbaru dalam masa terdekat. Perkara ini ditemui oleh laman XDA-Developer menerusi penemuan maklumat di dalam firmware Tizen 4.0.0.3 dengan kod nama Pulse dan nama model SM-R500.

Perkara ini disahkan oleh laman Sammobile yang mengiyakan kod nama dan dan nama model tersebut, dan menjelaskan ia akan dipanggil sebagai Galaxy Watch Active. Menurut Sammobile, walaupun jam pintar baru ini dinaik taraf secara dalaman, luarannya banyak dikurangkan.



Sammobile membandingkan Galaxy Watch Active dengan Gear Sport yang dilancarkan dua tahun lepas. Skrinnya lebih kecil, 1.1-inci berbanding 1.2-inci di Gear Sport. Malah, Galaxy Watch Active ini tidak lagi memiliki Bezel Ring iaitu permukaan boleh putar, yang menjadi keunikan pada jam pintar Samsung. Bermakna, pengguna perlu bergantung pada sentuhan skrin sepenuhnya untuk navigasi.

Samsung Gear Sport (2017) SM-R600



Galaxy Watch Active juga akan dipasang bateri lebih kecil, 236mAh berbanding 300mAh pada Gear Sport. Tetapi ia akan datang dengan pengecas mendatar, bukan lagi berdiri. Ini membolehkan ia dicas secara wayarles melalui kebolehan baru Galaxy S10, yang boleh mengecas peranti lain di belakang badannya.

Di dalam, Galaxy Watch Active akan dikuasakan cip pemproses baru Exynos 9110, storan 4GB, Bluetooth 4.2, NFC dan sambungan WiFi. Ia tidak akan memiliki fungsi LTE atau 3G.

Walaupun banyak maklumat telah didedahkan, perkara ini masih belum pasti sehinggalah disahkan sendiri Samsung. Pelancarannya dijangka seiring dengan Galaxy S10 pada 20 Februari kelak, tetapi ia masih tidak kelihatan dalam mana-mana iklan Samsung. Mungkin juga ia tidak akan dilancarkan bersama.

Sama-sama kita nantikan majlis pelancaran pada 20 Februari 2019 kelak tentang apa lagi peranti yang akan dilancarkan di samping telefon pintar Galaxy S10.

[Sumber: XDA, Sammobile]

Tags: Galaxy Watch Activesamsung
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy Watch Active bakal iringi ketibaan Galaxy S10

Galaxy Watch Active bakal iringi ketibaan Galaxy S10

11 February 2019
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN