• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rusia mahu uji putuskan internet dalam negara dengan dunia luar

  • OLEH Najib
  • 1:35 pm
  • 12/02/2019
  • Komen
Rusia mahu uji putuskan internet dalam negara dengan dunia luar
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Rusia dan syarikat penyedia internet utama negara tersebut, sedang merancang untuk memutuskan sambungan internet negara mereka dengan dunia luar dalam satu ujian berjadual. Ia sebagai langkah pertama mereka berkenaan satu draf undang-undang baru yang diperkenalkan parlimen Rusia pada tahun lepas.

Draf undang-undang tersebut menyatakan penyedia internet (ISP) Rusia harus memastikan kebebasan ruang internet Rusia (Runet) dengan memutuskan sambungan internet ke dunia luar jika terdapat pencerobohan asing. Syarikat telekomunikasi di Rusia juga harus menyediakan rancangan teknikal untuk mengalihkan semua laluan trafik internet ke Roskomnazor, pihak berkuasa yang memantau telekomunikasi Rusia.



Logo Roskomnazor

Roskomnazor akan memeriksa semua trafik internet dan menghalang sebarang kandungan yang terlarang, selain memastikan trafik internet pengguna di Rusia kekal di dalam Rusia sahaja.



Tarikh pelaksanaan ujian ini masih belum ditetapkan tetapi ia harus dibuat sebelum 1 April, tarih akhir untuk menghantar perubahan kepada draf undang-undang tersebut, yang turut dikenali sebagai Digital Economy National Program atau Program Ekonomi Digital Kebangsaan.

Pihak ISP kelihatan bersetuju dengan matlamat undang-undang ini tetapi tidak bersetuju dengan cara ia dilaksanakan. Mereka percaya, ia akan mengakibatkan gangguan internet yang luar biasa di Rusia. Ujian memutuskan sambungan ini akan memberikan maklumat berkenaan apa yang terjadi kepada rangkaian apabila diputuskan.

Gereja St Basil, Rusia

Kerajaan Rusia dilaporkan telah lama berusaha untuk menjayakan projek ini. Pada tahun 2017, pihak berkuasa Rusia dilaporkan mahu mengubah 95% trafik internet ke dalam Rusia menjelang 2020. Rusia juga dikatakan telah membuat data simpanan untuk Sistem Nama Domain (DNS) yang menjadi komponen utama Runet apabila ISP memutuskan hubungan internet Rusia dengan dunia luar.

Langkah yang diambil Rusia ini merupakan tindak balas dari kecaman dan tuduhan liar terutama dari negara NATO, yang sering menyalahkan Rusia dalam pelbagai serangan siber yang kian meningkat di seluruh dunia.

Matlamat akhir undang-undang ini ialah untuk membangunkan sistem penapisan trafik internet seperti China Great Firewall, serta sistem intranet dalam negara yang berfungsi sepenuhnya jika keadaan memerlukan internet dunia luar diputuskan.

[Sumber: ZDnet]

Tags: internetRusia
Najib

Najib

POPULAR

Rusia mahu uji putuskan internet dalam negara dengan dunia luar

Rusia mahu uji putuskan internet dalam negara dengan dunia luar

12 February 2019
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN