fbpx

29 Permainan Yang Dimumkan Dalam Nintendo Direct Februari 2019

Nintendo Direct (ND) sering digunakan untuk mengumumkan produk baru ataupun kemaskini barisan permainan yang ditawarkan di platform gaming Nintendo. Dalam ND terbaru, mereka mengumumkan 29 pengumuman permainan yang pastinya buatkan anda sibuk untuk beberapa ketika.

Sekiranya anda terlalu sibuk untuk menonton video, ini adalah senarai pengumuman ND untuk versi Februari 2019.

1. Mario Maker 2

Daripada platform Wii U, Nintendo mengumumkan Super Mario Maker 2 sebagai sekuelnya. Permianan ini membolehkan anda meng-DIY-kan persekitaran permainan menggunakn pelbagai objek dan item daripada siri Super Mario.

Antara objek dan item yang boleh anda guna adalah dari:

  • Super Mario Bros. 3
  • Super Mario World
  • New SUper Mario Bros
  • Super Mario 3D Land
  • Super Mario Maker 3D

Super Mario Maker 2 akan menemui anda pada Jun 2019.

 2. Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order

Setelah 10 tahun meninggalkan platform Nintendo, Marvel akhirnya kembali ke Nintendo Switch. Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order mengambil inspirasi daripada games bergenre beat-em-all Koei Tecmo, Dynasti Warrior. Pemain akan mengawal seorang hero dan membelasah ratusan penjahan.

Anda boleh mendapatkan bantuan rakan melalui Nintendo Online ataupun secara LAN. Antara keunikan permainan ini adalah Heroic Camera yang akan mengezum masuk dan keluar secara pintar untuk berikan pengalaman bermain lebih mengangumkan.

Ultimate Alliance 3: The Black Order akan menemui anda pada sekitar Jun 2019 dan ekslusif di Nintendo Switch.

3. BOXBOY + BOXGIRL

Permainan puzzle yang terkenal di Nintedo 3DS akan tiba di Switch. Ia kini menampilkaan mode kerjasama 2 pemain.

Secara ringkasnya, anda akan mengawal sebuah kotak dan bergerak dari kiri ke kanan sambil menyelesaikan masalah. Menariknya permainan ini adalah ia dibangunkan oleh pengeluar kepada Super Smash Bros dan Kirby. Jadi, anda boleh jangkakan kualiti produk yang tinggi.

BoxBoy + BoxGirl akan menemui anda pada 26 April 2019.

4. Super Smash Bros. Ultimate (DLC)

Super Smash Bros. Ultimate juga turut menerima kemas kini di Nintendo Direct. Kemas kini ver. 3.0 ini akan membawakan antaranya adalah seperti karakter baru, Joker dari permainan Persona 5 untuk anda kawal.

Walau bagaimanapun, butrian lanjut tentang kemas kini itu akan diberitahu kemudian. Nintedo juga mengumumkan tiga Amiibo baru untuk 2019 iaitu Snake, Simon, Squirtle, Pokemon Trainer, dan Ivysaur.

5. Captain Toad: Treasure Tracker (DLC)

Nintendo Direct juga mengumumkan kemas kini kepada permaianan Captain Toad: Treasure Tracker yang boleh dimuat turun hari ini. Permainan ini memerlukan anda menyelesaikan puzzle sambil mengumpul syiling emas. Menurut para pereviu, ini adalah anta antara permainan tercantik rekaannya pada Wii U dan kini ia tiba di Switch pada sekitar Julai 2018.

Untuk tahun 2019, Nintendo bawakan kemas kini percuma membawakan fungsi kerjasama untuk semua level untuk dimainkan bersama rakan secara lokal. Untuk DLC berbayar, and aboleh terima 18 cabaran baru untuk memanjangkan lagi permainan anda.

6. Bloodstained: Ritual of The Night

Permainan sidescroller dari Nintendo ini asalnya dijadualkan dilancarkan tahun lepas tapi ditunda. Akhirnya Bloodstained: Ritual of the Night diumumkan pelancarannya sekitar Jun 2019.

BACA  Google Lens kini tiba di carian Google Images, cara lebih mudah mencari info di dalam gambar

Permainan ini berasal daripada Kickstarter yang diwujudkan oleh penerbit Castlevania, Koji Igarashi. Tidak hairanlah temanya agak selari.

7. Dragon Quest Builders 2

Sekuel kepada permainan bina-bina seperti Minecraft, Dragon Quest Builders 2 akan dilancakran pada 12 Julai 2019. Antara pembaharuan yang dibawakan dalam sekuel ini adalah seperti mode berbilang pemain sehingga 4 orang. Selain itu, kini pemain boleh membina struktur yang lebih besar dengan bantuan rakan-rakan.

Bagi menambahkan keversatilan, anda turut boleh menanam pokok, membina terusan, kolam, ataupun air terjun untuk tingkatkan estetika seni bina anda.

8. Dragon Quest XI S: Echoes of an Elusive Age Definitive Edition

Permainan sama yang dilancarkan untuk PS4 pada September 2018 kini tiba di platform Nintendo Switch dengan beberapa pembaharuan. Yang paling unik adalah kemampuan untuk dimainkan dalam mode HD ataupun grafik 8-bit retro untuk bangkitkan nostalgia anda.

Dragon Quest XI S: Echoes of Elusive Age Definition Edition mempersembahkan pengembaraan Luminary, seorang yang ditidakkan haknya dan jadi pelarian di negara sendiri.

Tiada tarikh khususpelancaran permaianan ini tidak pula dinyatakan tetapi ia akan menemui anda pada sekitar Jun 2019. Jika anda sukakan permainan bergenre JRPG, anda tentunya akan menyukai permainan ini.

9. Disney Tsum Tsum Festival

Disney Tsum Tsum Festival adalah koleksi permainan mini seperti yang ada untuk versi telefonnya. Dalamnya, anda boleh bermain permainan seperti curling, puzzle, lumba, dan sebagainya.

Tapi untuk versi Nintendo Switch, ada fungsi berbilang permain lokal dengan grafik yang lebih cantik. Permainan comel ini akan meemui anda seawal Jun 2019.

10. Starlink Battle for Atlas (DLC)

Satu kemas kini besar akan diterima Starlink: Battle for Atlas. Ia menjanjikan penambahan pada misi serta karakter baru untuk dimainkan.

Ada beberapa pilot baru untuk anda pilih seperti Andrew, Pigma, dan Leon. Tak terhenti di situ, selain misi tambahab, anda juga kini boleh berlumba kapal angkasa.

11. Rune Factory 4 Special & Rune Factory 5

Dilancarkan pada 2012 untuk platform 3DS, Rune Factory 4 sedang dalam perjalanan ke platform Switch pada tahun ini. Ia adalah versi remastered yang menampilkan gaya permainan seperti Harvest Moon bercampur peperangan.

Satu fungsi baru yang dibawa masuk adalah sistem perkahwinan seperti Harvest Moon. Anda boleh mengurat gadis kampung dan akhirnya mengahwini gadis pilihan anda. Di akhir pembentangan Rune Factory 4, mereka turut mengumumkan pembangunan Rune Factory 5.

12. Oninaki

Square Enix akan melancarkan JRPG terbaru yang diberi nama Oninaki. Ia akan menemui anda di platform PS4, Nintendo Switch, dan PC.

Tidak banyak maklumat khusus tentang permainan ini ada. Tapi berdasarkan video trailer, ia tidaklah turn-based seperti JRPG yang lain sebaliknya konsep pertarungan masa nyata digunakan. Oninaki akan dilancarkan sekitar Jun 2019.

13. Yoshi’s Crafted World

Satu lagi permainan eksklusif untuk Nintendo Switch akan tiba. Yoshi’s Crafted World boleh mula dimainkan bermula 29 Mac 2019 ini. Demo permainan ini boleh mula dimuat turun di eShop untuk anda mebiasakan diri dengannya sebelum membeli permainan penuh.

BACA  Anda Rasa Telco Anda Cekik Darah? Kita Adalah Yang Ke-15 Terbaik Dunia

Maklmuat lanjut permainan ini masih samar tapi menurut trailer, anda boleh menghasilkan lebih 180 kostum sambil melawan bos.

Jika anda mencari game yang ada fungsi co-op Yoshi’s Crafted World adalah salah satu daripadanya.

14. Fire Emblems: 3 Houses

Fire Emblem: Three Houses akan menemui anda pada 26 Julai 2019. Anda bermain sebagai seorang neutral dalam dunia yang dihuni oleh tiga kerajaan. Anda mengikuti ayah anda mengembara hingga ke sebuah gereja yang bernama Church of Sothis. Di gereja itu, pelajar daripada ketiga-tiga kerajaan berhimpun dan belajar.

Tapi, anda perlu membuat pilihan untuk mengajar pelajar daripada 1 kerajaan saja untuk meneruskan jalan cerita. Jelas sekali memilih kerajaan mana sebagai pihak anda akan mempengaruhi jalan cerita.

15. Tetris 99

Game batu bata, brick games, ataupun Tetris adalah permainan legenda yang sudah tentu anda pernah main pada satu-satu masa. Tapi untuk Nintendo Switch, Tetris 99 membawa permainan ini selangkah kedepan.

Gaya bermainna tetap sama seperti tradisi. Namun begitu, anda kini bermain secara dalam talian bersama-sama 98 pemain lain ala-ala PUBG untuk jadi King of the Hill.

Anda boleh muat turun permainan ini secara percuma jika anda ada akaun Nintendo Switch Online.

16. Dead By Daylight

Peminat permainan seram pasti menyukainya kerana Dead by Daylight akan tiba di Nintendo Switch sekitar september 2019. Untuk yang tak mengetahui, ia adalah permainan survival tak simetri. Maknanya, and aboleh jadi yang baik ataupun yang jahat.

Yang baik, tugas anda adalah untuk membaik pulih set penjana elektrik yang akan digunakan untuk melarikan diri. Si jahat pula akan memburu si baik untuk menghalan gmereka melarikan diri.

17. Deltarune: Chapter 1

Jika anda peminat permainan Undertale, jangan lepaskan peluang untuk menikmati prekuelnya di Nintendo Switch pada 28 Februari 2019 yang hadir dengan nama Deltarune.

Yang menariknya, permainan ini ditawarkan secara percuma. Malangnya, menerusi trailernya, tidak banyak maklumat boleh diekstrak kerana kebanyakkannya di-sensor oleh piksel berbentuk anjing.

18. Daemon X Machina

Daemon X Machina mahu lari daripada lambakan JRPG yang membanjiri Nintendo Switch. Permainan ini lebih mirip pada permainan Armored Core iaitu anda mengawal robot gergasi yang dilengkapi senjata canggih.

Pembangunnya berbesar hati menyediakan demo di eShop yang boleh dimuat turun bermula hari ini. Mereka juga meminta maklum balas dariapda anda sama ada melalui email, ataupun di media sosial agar mereka boleh menambah baik permainan ini.

19. GRID Autosports

Game yang berusia 5 tahun ini akan tiba di Nintendo Switch penghujung 2019. Pengeluarnya mengetahkan permainan ini sebagai simulasi pemanduan terbaik di Switch. Kelainan permainan ini berbanding di platform lain adalah fungsi kawalan menggunakan motion yang memanfaatkan sensor giroskop pada Joy-con dan Pro Controller.

Beberapa mode perlumbaan disediakan seperti:

  • touring
  • endurance
  • tuner
  • open-wheel
  • street
BACA  Tempahan Galaxy Note 10+ 512GB di Yes 4G hanya RM3799

Ada 100 kereta dan 100 litar untuk ada bermulma dengan rakan-rakan secara lokal ataupun dalam talian.

20. Hellblade: Senua’s Sacrifice

Hellblade adalah permainan yang dilancarkan di PC pada 2017. Boleh dimainkan di PS4, PC, dan Xbox One, anda tak lama lagi boleh mainkannya di Nintendo Switch.

Uniknya permainan ini adalah kebijaksanaan pengeluarnya menggunakan audio binaural untuk menambahkan pengalaman bermain. Makanya, anda amat disarankan untuk bermain menggunakan headfon.

Dalam permainan ini, anda bermain sebagai Senua yang mengembara untuk menyelamatkan kekasihnya. Tapi, Senua adalah seorang pengidap psikosis yang mendengar suara-suara aneh dalam kepalanya.

Hellblade menggunakan latarbelakang yang diinspirasikan dari mitos Norse dan Celtic. Rekaan permainannya amat mengagumkan walaupun hanya dibangunkan pasukan kurang dari 20 orang.

21. Mortal Kombat 11

Mortal Kombat 11 akan mendarat di semua platform PS4, Nintendo Switch, PC, dan Xbox One pada 23 April 2019.

Seperti biasa, jurus Fatalities masih ada padanya bersama-sama dua lagi jurus baru iaitu Fatal Blow dan Krushing Blow.

Tidaklah diketahui bagaimana rupa grafik permainan ini di Switch berbanding paltform yang jauh lebih berkuasa.

22. Unravel Two

Unravel Two adalah permainan bergenre platformer dengan tema co-op sekiranya anda inginkan permainan dua pemain seperti Yoshi’s Crafted World. Ia akan tiba di Switch pada 22 Mac ini.

23. Assassin’s Creed III Remastered

Assassin’s Creed pertama di Nintendo Switch akan tiba pada 21 Mei 2019 ini. Ia menampilkan semua kandungan DLC dalam satu harga. Uniknya permainan ini pada Nintendo Switch adalah ada input Motion dan sentuhan.

24. Final Fantasy VII & Final Fantasy IX

Tak perlu dihujahkan lagi, Final Fantasy VII adalah antara RPG terbaik sepanjang zaman. Asalnya diterbitkan untuk PlayStation, ia akan mendarat di Nintendo Switch pada 26 Mac 2019 ini. Tapi jika anda tak sabar, Final Fantasy 9 boleh dimuat turun bermula hari ini.

25. Chocobo’s Mystery Dungeon EVERY BUDDY!

Permainan klasik Final Fantasy Fables: Chocobo’s Dungeon akan terima sekuel terbaru dan kali ini di Nintendo Switch. Anda akan nikmati sistem permaianan serba baru yang pastinya memuaskan hati peminat ataupun yang baru mengenali Chocobo.

26. Astral Chain

Daripada pengeluar Bayonetta, Nier AUtomatta, dan Vanquish, permaianan terbaru Astral Chain akan tiba pada 30 Ogos 2019. Seperti game-game daripada pengeluar yang sama, ia memiliki gaya permainan stylish.

Berdasarkan trailer, anda mengawal seorang pegawai polis yang mengawal sebuah robot mecha. Dengan bantuannya, anda berlawan dengan orang jahat secara bergaya.

27. The Legend of Zelda: Link’s Awakening

Nintendo sentiasa menyimpan yang terbaik di bahagian akhir. Ini adalah pembangunan semula kepada permainan asal yang dilancarkan untuk Game Boy pada tahun 1993.

Sudah tentu ramai yang akan dikecewakan kerana The Legend of Zelda: Breath of the Wild sudahpun meletakkan penanda aras yang terlalu tinggi untuk dilepasi. Tarikh pelancaran permainan ini tidak pula dikongsikan.