• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa TM mahu jual Menara TM Annex 1 dan Annex 2?

  • OLEH Najib
  • 6:13 pm
  • 14/02/2019
  • Komen
Kenapa TM mahu jual Menara TM Annex 1 dan Annex 2?
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia (TM) baru-baru ini menaikkan iklan hartanah untuk dijual. Bunyi macam berita ekonomi tetapi ia mungkin memberi kesan kepada dunia teknologi Malaysia.

Pasti ramai tahu tentang ibu pejabat Telekom Malaysia terletak di Menara TM yang berbentuk rebung di Bangsar, di tepi Lebuhraya Persekutuan. Di sebelahnya, terdapat tiga lagi bangunan iaitu Hotel Pullman Bangsar, Menara TM Annex 1 dan Menara TM Annex 2.



Dua menara TM Annex ini, kini dibuka tender untuk dijual. Menara TM Annex 1 setinggi 20 tingkat manakala Menara TM Annex 2 pula 33 tingkat.

Persoalannya, mengapakah TM mahu menjual dua bangunannya yang terletak di lokasi strategik?



Saya bukanlah pakar hartanah apatah lagi ekonomi, tetapi saya mengecilkan skop kepada dua sebab. Pertama kerana TM mahu mencairkan aset agar memiliki tunai lebih banyak dan kedua, tidak sanggup menanggung kos yang tinggi.

Untuk alasan pertama, TM mungkin mengambil langkah ini untuk menampung kos projek sedia ada atau akan datang mereka. Salah satu yang dinanti ramai ialah penggantian kabel tembaga kepada gentian optik. Ada cakap-cakap mengatakan TM perlu pantas memberi penyelesaian kepada masalah naik taraf pengguna Streamyx disebabkan penggunaan kabel tembaga, sebelum dikenakan tindakan oleh Kerajaan Malaysia. Dengan kemasukan tunai ini, TM akan boleh mempercepatkan proses mengganti kabel tembaga kepada gentian optik, di samping meluaskan lagi liputannya.

Alasan kedua juga ada logiknya. Dalam keadaan TM dilaporkan tidak mencatat keuntungan seperti yang diharapkan, mengurangkan kos operasi pastinya boleh mengembalikan aliran tunai mereka ke garisan hijau dan seterusnya melaksanakan semua perancangan untuk mengembalikan kegemilangan TM.

TM tidak menyatakan mengapa ia menjual dua bangunan milik mereka ini. Jika ada yang berminat untuk membeli bangunan ini, boleh hadir ke sesi penerangan tender pada hari Rabu, 27 Februari 2019 bermula jam 11 tengah hari dan bertempat di Mini Auditorium, TM Convention Centre. Dokumen tender boleh dibeli dengan harga RM500 bagi setiap salinan.

[Sumber: TM]

Tags: Menara TM AnnexTM
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Kenapa TM mahu jual Menara TM Annex 1 dan Annex 2?

Kenapa TM mahu jual Menara TM Annex 1 dan Annex 2?

14 February 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN