• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Fold, peranti rahsia yang berjaya Samsung lipat ketat

  • OLEH Najib
  • 4:19 am
  • 21/02/2019
  • Komen
Galaxy Fold, peranti rahsia yang berjaya Samsung lipat ketat
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung membuat kejutan di majlis Unpacked 2019 di San Francisco hari ini, apabila membuka pentas dengan telefon pintar boleh lipat, Galaxy Fold. Apa tidaknya, maklumat tentang Galaxy S10 terbocor sehingga tiada apa yang tidak diketahui sebelum dilancarkan, tetapi tiada maklumat tersebar tentang Galaxy Fold.

Apa yang lebih mengejutkan, ia bukan sahaja dipertontonkan kepada orang ramai, malah diumumkan akan mula dijual pada 26 April 2019. Tidak pula diberitahu di pasaran mana, tetapi masih ada harapan ia akan dijual di Malaysia.



Galaxy Fold memiliki skrin luar berukuran 4.7-inci. Apabila dilipat, ia memiliki kamera hadapan 10MP F2.2 dan kamera belakang tiga lensa seperti di Galaxy S10. Iaitu lensa ultra lebar 16MP F2.2, lensa lebar 12MP dwi apertur F1.5/F2.4 dan lensa telefoto 12MP F2.4.

Dari saiz sebuah telefon pintar, Galaxy Fold boleh dibuka lipatan tengahnya untuk akses ke skrin Infinity Flex berukuran 7.3-inci, seperti sebuah tablet. Ia turut memiliki kamera dwi lensa di dalam, lensa 10MP F2.2 dan lensa pengesan kedalaman RGB 8MP F1.9.



Untuk mencipta rasa membuka lipatan yang lancar, Samsung menggunakan engsel mekanikal pelbagai gear. Ia menjadikannya tertutup dengan kemas dan dibuka dengan rata.

https://www.youtube.com/watch?v=7r_UgNcJtzQ

Prestasi Galaxy Fold pastinya yang tertinggi. Ia dilengkapi cip pemproses Exynos 9820, bersama RAM 12GB dan storan super pantas UFS3.0 seluas 512GB. Mungkin baterinya 4,380mAh terasa kecil, memandangkan ia memiliki dua skrin yang besar. Tetapi ia menyokong pengecasan pantas berwayar dan wayarles.

Samsung mencipta empat warna untuk hiasan Galaxy Fold iaitu Space Silver, Cosmos Black, Martian Green dan Astro Blue. Ia akan dijual bermula 26 April 2019 dengan harga USD1,980 (~RM8,051).

Masih belum dikhabarkan di manakah ia akan dijual, tetapi kami yakin Malaysia akan menjadi salah satu pasaran yang menerimanya.

Tags: Galaxy Foldsamsung
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy Fold, peranti rahsia yang berjaya Samsung lipat ketat

Galaxy Fold, peranti rahsia yang berjaya Samsung lipat ketat

21 February 2019
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN