• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei bantu Maxis percepat pemasangan 5G di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:14 pm
  • 26/02/2019
  • Komen
SKMM mahu rakyat cakna berita terkini industri komunikasi dan multimedia Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Bertempat di Barcelona bersempena pameran Mobile World Congress (MWC) 2019, Maxis dan Huawei menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama mempercepatkan pemasangan 5G di Malaysia. Ia juga untuk kerjasama menguji sistem dan perkhidmatan 5G yang lengkap dari hujung-ke-hujung.

Mewakili Maxis ialah Gokhan Ogut, bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bersama Morten Bangsgaard, Ketua Pegawai Teknologi CTO). Sementara itu, Huawei diwakili oleh Pengerusi Rotasi, Guo Ping, disertai oleh Presiden Rantau Pasifik Selatan, Jeffery Liu dan juga CEO Malaysia, Michael Yuan.



Menurut Gokhan, “Maxis telah lama memulakan perjalanan 5G, dan memberi tumpuan kepada percubaan, pelaburan serta pembangunan infrastruktur rangkaian kami untuk bersiap sedia bagi masa depan di mana penyelesaian pintar akan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Kami gembira bekerjasama dengan Huawei, pemimpin teknologi bertaraf dunia dan rakan kongsi jangka panjang untuk percubaan 5G kami, dan menjadi perintis dalam membawa teknologi terkini ke Malaysia sekali lagi. Di Maxis, kami terus menerajui rangkaian dari segi kelajuan, kualiti dan prestasi di Malaysia, dan kami berharap dapat memberikan inovasi 5G terbaik untuk pengguna dan perniagaan untuk masa depan.”

Michael Yuan pula berkata, “Kami berterima kasih kepada Maxis atas kepercayaan dan sokongan sejak dari dulu lagi. Perkembangan 5G memerlukan koperasi dari semua rakan kongsi, dan kita perlu bekerjasamaa untuk membawa innovasi terkini. Kami sangat gembira menandatangani MoU ini dengan Maxis, yang menunjukkan komitmen kedua-dua syarikat untuk masa depan 5G di Malaysia. Sebagai penyedia infrastruktur ICT yang terkemuka di dunia, Huawei komited untuk membantu Maxis mengembangkan sempadan perniagaan serta mencari jalan untuk pertumbuhan baru dengan produk-produk 5G yang lengkap dan mudah. Kami telah menandatangani lebih daripada 30 kontrak komersial setakat ini dan menghantar lebih 40,000 stesen pangkalan 5G ke seluruh Eropah, Asia dan Timur Tengah.”



Huawei menyertai pameran MWC 2019 yang berlangsung dari 25 hingga 28 Februari 2019 di Barcelona, Sepanyol. Mereka mempamerkan produk dan penyelesaian terbaru di jerayawara 1H50 dalam Dewan Fira Gran Via 1, jerayawara 3I30 dalam Dewan 3, zon Innovation City dalam Dewan 4, serta jerayawara 7C21 dan 7C31 dalam Dewan 7. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huawei.com/mwc2019

Tags: 5gHuaweimaxisMWC 2019
Najib

Najib

POPULAR

SKMM mahu rakyat cakna berita terkini industri komunikasi dan multimedia Malaysia

Huawei bantu Maxis percepat pemasangan 5G di Malaysia

26 February 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN