• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maybank MAE ialah ewallet paling mudah dan berguna

  • OLEH Najib
  • 2:09 pm
  • 05/03/2019
  • Komen
Maybank MAE ialah ewallet paling mudah dan berguna
Share on FacebookShare on Twitter

Maybank hari ini melancarkan MAE – Maybank Anytime, Everyone, satu lagi dompet elektronik atau ewallet untuk digunakan di Malaysia. Kepada pengguna ewallet yang aktif, ini mungkin hanya menambah satu lagi aplikasi ewallet ke dalam telefon mereka. Tetapi ia adalah sesuatu yang jauh berbeza dari ewallet lain di Malaysia.

MAE ialah satu cabang perbankan dalam talian melalui aplikasi Maybank. Ia boleh diaktifkan dengan mudah dan mula digunakan terus sebagai sebuah ewallet. Pengguna MAE boleh menggunakan sistem perbankan Maybank biasa seperti M2u, penghantaran antara bank, terminal layan diri dan juga di kaunter.



Apa yag menjadikan MAE lebih baik dari ewallet yang lain, ialah mudahnya mengeluar dan memasukan wang ke dalamnya. Ia boleh dibuat seperti perbankan online biasa. Malah, sebarang transaksi perbankan online turut boleh dibuat seperti pembelian kredit tambah nilai dan membayar bil.

Pengguna Maybank sedia ada yang mengaktifkan MAE, boleh menggunakan MAE seperti akaun Maybank biasa. Ia juga boleh digunakan untuk membeli tiket wayang, tiket penerbangan, membayar melalui QRpay, malah menghantar dan memohon wang.



Fungsi ‘Split Bill’ atau pembahagian bil turut terdapat di dalam MAE. Ia membolehkan sekumpulan rakan atau keluarga untuk berkongsi membayar bil dan meminta wang dari kumpulan. MAE boleh mengira secara automatik dan memberi peringatan kepada pengguna lain jumlah wang yang perlu dihantar, semuanya dari dalam aplikasi Maybank.

Bagi pengguna yang belum pernah ada akaun Maybank, pengaktifan MAE akan datang bersama kad Visa maya. Ia membolehkan pengguna terus menggunakannya untuk membeli-belah dalam talian sejurus akaun dibuka. Malah, kad ini turut boleh digunakan bersama Maybank Pay atau Samsung Pay. Kad ini turut boleh diuruskan seperti akaun Maybank untuk menghantar dan menerima wang.

Sebagai promosi permulaan, Maybank mengadakan permainan Money MAE-Hem yang memberi ganjaran kepada pengguna. Ia terdapat di dalam aplikasi Maybank di mana pengguna berpeluang memenangi wang dengan mengumpulkan syiling sebanyak yang mungkin. Selain itu, kempen imbas dan menang kod QR MAE memberi peluang kepada pengguna untuk memenangi wang tunai.

Tags: MAEMaybank
Najib

Najib

POPULAR

Maybank MAE ialah ewallet paling mudah dan berguna

Maybank MAE ialah ewallet paling mudah dan berguna

5 March 2019
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN