• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Telefon X Ini Ada Zum Superjauh, Cuba Teka Telefon Apa

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:00 pm
  • 06/03/2019
  • Komen
Telefon X Ini Ada Zum Superjauh, Cuba Teka Telefon Apa
Share on FacebookShare on Twitter

Saya mewakili SoyaCincau BM telah dijemput untuk menonton konsert Blue oleh salah satu pengeluar telefon tersohor dunia untuk mencuba sebuah telefon yang masih belum diumumkan.

Tapi untuk menghadirinya, saya terikat dengan perjanjian kerahsiaan yang tak bolehkan saya sebutkan jenama ataupun telefon yang saya cuba. Jadi apa yang saya ceritakan dalam artikel ini adalah segalanaya yang boleh didedahkan, tapi anda pastinya boleh melakukan suai padan untuk membidik telefon mana yang saya maksudkan. Walau bagaimanapun, saya dibenarkan untuk berkongsi hasil gambar dengan anda.



Berikut adalah empat sampel gambar di jarak fokal tertentu yang ingin saya kongsikan kepada anda dari kamera Telefon X.

Zum A

Zum A adalah yang paling luas boleh dicapai telefon ini. Untuk telefon yang ada kamera ultralebar, ia selalunya berdepan dengan masalah barrel distortion ataupun fisheye, menurut istilah fotografi. Fenomena ini menyebabkan bahagian pinggir gambar nampak  membulat dan jadi herot-benyot.



Contoh barrel distortion

Tapi untuk sampel ultralebar Telefon X, barrel distortion kurang kelihatan. Cumanya di pinggir gambar, anda boleh lihat bentuk lampu yang seperti ditarik keluar sedangkan bentuknya sepatutnya bulat. Walau bagaiamanapun, ia bukanlah faktor yang mencacatkan gambar kerana itulah hukum optik dan kita tak boleh mengelakkannya jika inginkan sudut pandang luas.

Lihat sajalah sebagai salah satu estetika kepada gambar anda.

Zum B

Gambar untuk Zum B lebih mirip pada kamera biasa telefon lain tanpa zum. Berbanding Zum A, tiada barrel distortion diperhatikan pada Zum B dan gambar lebih tajam walaupun dalam keadaan malap. Julat kedinamikan (HDR) juga baik kerana dapat merakam butiran penonton didepan pentas (kawasan malap) dan butiran di pentas (kawasan cerah).

Zum C

Daripada Zum B ke Zum C, kita boleh lihat perubahan jarak fokal yang mendadak. Tulisan pada paparasn di atas pentas boleh dibaca dengan mudah malah tajam. Tidak terlepas juga DJ Jakeman yang agak jelas kelihatan walaupun dizum.

Zum D

Antara Zum D dengan Zum B, perubahan jarak fokal tidak begitu ketara tapi kita boleh lihat kualiti gambar nyata lebih rendah berbanding sebelumnya. Warna dan hingar (noise) sudah mula comot serta kekaburan akibat pergerakkan (motion blur) mula ketara kerana ini tiada sebarang tripod digunakan.

Kebetulan pada waktu yang sama, ada sebuah Samsung Galaxy 10+ berada berhampiran. Gambar di bawah adalah perbandingan zum maksimum Galaxy S10+ dengan jarak fokal setara dengan Telefon X.

Zum E

Ini adalah zum yang paling jauh boleh dicapai oleh Telefon X. Kualiti yang dihamburkan di jarak fokal ini tak sesuai digunakan walau untuk media sosial sekalipun. Motion blur, hingar, dan ketajaman berada di tahap yang paling tinggi dalam kalngan gambar yang saya utuskan dalam artikel ini. Tapi perlu diingati yang ini dalam keadaan malap.

Mungkin jika pencahayaannya cukup, kualitinya akan lebih baik, tapi adakah jauh lebih baik? Saya kena tunggu sehingga Telefon X dilancarkan untuk mengujinya.

Pengalaman Menggunakan Kamera Telefon X

Keseluruhannya, menggunakan Telefon X adalah memuaskan. Jika anda mengikuti nukilan-nukilan saya sebelum ini, saya memang memuji kamera pengeluar ini bukan saja daripada spesifikasi teknikal, malah pada APP kameranya yang mesar pengguna.

Jika dibandingkan dengan Nokia 9 PureView, pengalamannya jauh berbeza. Menukar mode berlaku sekelip mata tanpa masalah. Dibandingkan dengan Samsung Galaxy S10+, saya rasakan ia setara kerana One UI telah mengemas kini antara muka APP kameranya.

Apa pendapat anda dengan gambar dari kamera telefon X ini? Nantikan pelancarakan telefon X ini tak lama lagi dan ianya pasti menggegarkan dunia telefon.

Tags: telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Telefon X Ini Ada Zum Superjauh, Cuba Teka Telefon Apa

Telefon X Ini Ada Zum Superjauh, Cuba Teka Telefon Apa

6 March 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER