• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Intel kongsi teknologi Thunderbolt 3 untuk standard USB4

  • OLEH Najib
  • 5:48 pm
  • 06/03/2019
  • Komen
Intel kongsi teknologi Thunderbolt 3 untuk standard USB4
Share on FacebookShare on Twitter

Thunderbolt 3 adalah sambungan universal melalui port USB-C yang paling berkuasa. Ia bukan sahaja boleh menjana kuasa untuk peranti, malah ia boleh digunakan untuk sambungan data seperti monitor 4K dan kad grafik luar.

Thunderbolt 3 adalah teknologi yang dicipta Intel, tetapi selepas ini ia boleh diguna pakai oleh lebih ramai pengeluar, melalui standard baru USB4.



Intel mengumumkan telah menyumbangkan protokol Thunderbolt 3 kepada USB Promoter Group, kumpulan syarikat yang mencipta spesifikasi untuk USB agar ia serasi digunakan di pelbagai platform. Ia akan diterapkan ke dalam USB4, membolehkan pengeluar menghasilkan pelbagai produk USB4 tanpa membayar royalti.

USB4 memiliki kelajuan sehingga 40Gbps, dua kali lebih pantas dari standard USB 3.2. Ia akan mengekalkan keserasian dengan USB 2.0, USB 3.0 dan Thunderbolt 3.



Walaupun telah diumumkan, standard akhir USB4 akan dibentangkan oleh USB Promoter Group semasa USB Developer Days 2019, yang akan diadakan pada pertengahan kedua tahun ini.

Maklumat lanjut berkenaan standard USB boleh dirujuk di laman web www.usb.org

[Sumber: Engadget, Intel]

Tags: IntelUSB4
Najib

Najib

POPULAR

Intel kongsi teknologi Thunderbolt 3 untuk standard USB4

Intel kongsi teknologi Thunderbolt 3 untuk standard USB4

6 March 2019
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN