• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Storan 1TB + Pengecas mungkin hadiah percuma untuk pembeli Huawei P30

  • OLEH Najib
  • 5:14 pm
  • 11/03/2019
  • Komen
Storan 1TB + Pengecas mungkin hadiah percuma untuk pembeli Huawei P30
Share on FacebookShare on Twitter

Agak pelik apabila Huawei Malaysia mengumumkan hadiah percuma untuk pembelian telefon pintar P30 yang akan dilancarkan di Paris pada hujung bulan ini, yang masih belum ada tarikh pelancaran di Malaysia.

Peliknya kerana ia masih dalam peringkat perancangan yang masih belum muktamad. Huawei telah berkongsi tentang perkara ini, di mana mereka mungkin mahu memberi hadiah iaitu Huawei Backup, untuk pembeli Huawei P30 kelak.



Huawei Backup ialah aksesori 2-dalam-1. Ia adalah storan luar berkapasiti 1TB yang menggunakan sambungan USB-C. Ia juga berfungsi sebagai pengecas pantas yang menyokong standard 5V2A, Huawei Fast Charge 9V2A dan Huawei Super Fast Charge 5V4.5A.

Dengan Huawei Backup, pengguna boleh menyalin semua gambar, video, dokumen dan aplikasi di dalam telefon scara automatik ke dalam storan Huawei Backup apabila disambung kabel USB-C. Tiada aplikasi perlu dipasang.



Huawei Backup telah dijual di China pada harga RMB699 (~RM425) tetapi belum dijual secara rasmi di Malaysia. Ia adalah satu aksesori yang menarik untuk dimiliki. Cuma, kalau nak bagi tu, bagi terus kan. Tak perlu agak-agak.

Sementara itu, siri P30 akan dilancarkan di Paris pada 26 Mac 2019. Dari petunjuk yang dikongsi Huawei, P30 kelihatan memiliki kamera dengan kuasa zum yang lebih jauh dari biasa.

Lain-lain perkara tentang Huawei P30, kita perlu tunggu pada majlis pelancarannya 26 Mac nanti.

Tags: HuaweiHuawei BackupHuawei P30
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Storan 1TB + Pengecas mungkin hadiah percuma untuk pembeli Huawei P30

Storan 1TB + Pengecas mungkin hadiah percuma untuk pembeli Huawei P30

11 March 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER