• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

It’s Show Time amaran dari Apple untuk Netflix dan Amazon

  • OLEH Najib
  • 11:53 am
  • 13/03/2019
  • Komen
It’s Show Time amaran dari Apple untuk Netflix dan Amazon
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah mula mengedarkan jemputan ke satu majlis pelancaran yang akan diadakan pada hujung bulan ini, 25 Mac 2019. Ia akan diadakan di Teater Steve Jobs yang terletak di ibu pejabat Apple di Cupertino, Amerika Syarikat.

Dalam jemputan tersebut, Apple tidak menyatakan apakah yang akan dilancarkan. Sebaliknya mereka berkongsi poster yang bertulis, It’s Show Time.



https://twitter.com/reneritchie/status/1105188156503179264

Ura-ura menyatakan Apple tidak akan melancarkan sebarang produk fizikal, tetapi mahu memperkenalkan servis strim video berbayar mereka. Jika mereka ada Apple Music untuk bersaing dengan Spotify, selepas ini servis strim video ini dikatakan akan memberi saingan kepada Netflix dan Amazon Prime.



Reuters melaporkan, Apple telah membelanjakan USD2 bilion untuk menghasilkan kandungan hiburan sendiri, termasuk mendapatkan khidmat bintang terkemuka seperti Oprah Winfrey. Servis strim video ini juga dikatakan akan mendapatkan kandungan dari pengeluar lain seperti CBS Corp, Viacom Inc dan Lions Gate Entertainment Corp’s Starz.

Servis ini dijangka akan dilancarkan di peringkat antarabangsa, sama seperti yang dilakukan Netflix dan Amazon Prime. Perkara ini boleh dilakukan dengan mudah menerusi Apple Appstore yang kini terdapat di lebih 100 buah negara.

Majlis pelancaran ini dikatakan akan menjadi yang pertama buat Apple kerana tidak menjadikan perkakas sebagai fokus majlis. Ia merupakan satu langkah besar buat Apple selepas melaporkan penurunan jualan iPhone buat pertama kalinya pada hujung tahun lepas.

Apple mungkin akan menjadikan servis ini serasi digunakan bersama produk bukan Apple, seperti langkah yang diambil mereka untuk membenarkan Apple Music dimainkan di produk keluaran Amazon dan juga TV Samsung.

Di Malaysia, Apple Music dilihat masih kurang mendapat sambutan berbanding Spotify dan juga Joox. Adakah rakyat Malaysia akan meminati servis strim video Apple selepas selesa dengan apa yang terdapat Netflix dan juga iflix?

[Sumber: SoyaCincau, Reuters]

Tags: apple
Najib

Najib

POPULAR

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
It’s Show Time amaran dari Apple untuk Netflix dan Amazon

It’s Show Time amaran dari Apple untuk Netflix dan Amazon

13 March 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN