• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

HUAWEI P30: Tunggu Yang Terbaik, Lupakan Yang Lain

  • OLEH Penaja
  • 3:43 pm
  • 13/03/2019
  • Komen
HUAWEI P30: Tunggu Yang Terbaik, Lupakan Yang Lain
Share on FacebookShare on Twitter

Pesanan ikhlas daripada Huawei Malaysia

Sejak HUAWEI P9 yang diperkenalkan di London dalam tahun 2016, pengeluar telefon gergasi dari China itu memposisikan siri P mereka sebagai telefon berkemampuan fotografi yang tinggi. Ia dibuktikan dengan kerjasama mereka dengan nama besar dalam industri optik dari Eropah, Leica.



HUAWEI P9 (2016)

Hasil daripada kerjasama itu, HUAWEI dan Leica bersama-sama membangunkan lensa LEICA-M khas untuk telefon bagi menjanjikan kualiti imej yang tak tertanding. Sejak itu, sekiranya anda memiliki sebuah Huawei siri P, anda telah berubah mejadi jurugambar professional sekelip mata.



HUAWEI P10 (2017)

HUAWEI P20 Pro (2018)

Tiga tahun berlalu, kita telah dihidangkan dengan P10 dan P20, dan untuk tahun 2019, HUAWEI akan sekali lagi bertuanrumahkan Paris untuk memperkenalkan P30 di mata dunia. Sudah pasti yang ingin diperkenalkan mereka ini adalah sesuatu yang ditambah baik kepada apa yang dibangunkan sejak 2016.

Mengapa HUAWEI Siri P Adalah Teman Sejati Jurugambar

Keupayaan siri P dalam lapangan fotografi telah pun diperakui oleh ramai jurugambar professional. Hal ini mampu direalisasikan atas inisiatif HUAWEI melabur dalam bidang inovasi. Hasilnya, mereka adalah yang pertama mengguna pakai sensor 40MP dalam telefon pintar moden.

Sensor 40MP pada HUAWEI P20 Pro

Gerbang kekreatifan dibuka seluas-luasnya apabila mereka memperkenalkan mode-mode khas untuk menangkap gambar angkasa lepas, jaluran cahaya, dan gerakan superperlahan.

Ini adalah gambar lintasan satelit Iridium-54 dari lensa HUAWEI – Hanif

Mereka turut mempelopori dunia fotografi gelap apabila mampu meningkatkan kesensitifan ISO sehingga 102,400 untuk melihat objek yang tidak mampu dilihat matar kasar sekalipun.

Kemampuan luar biasa siri P bukan saja terbukti dalam penggunaan seharian, malah di makmal juga. Dilancarkan hampir setahun yang lalu, masih belum ada telefon yang mampu mengatasi skor 109 yang dicatatnya dalam senarai ujian DxOMark.

Maka, anda tak perlu ragu lagi dengan pengganti kepada P20 yang bakal hadir tak lama lagi.

HUAWEI P30 Suntik Keupayaan Mengezum Luar Biasa

Bermula dengan P9 yang gunakan sistem dwikamera gabungan sensor RGB dan monokrom, mereka beralih kepada sistem trikamera pada P20 untuk jadikannya lebih versatil. Keversatilannya teserlah dengan kehadiran kamera ultralebar dan kemampuan mengezum.

Untuk P30, mereka mengekalkan konfigurasi sedia ada, tetapi membawa kamera telefotonya selangkah kedepan.  Pada P20, anda boleh mengezum 10x tanpa kehilangan butiran dan mereka gelarnya losless zum. Tapi berdasarkan gambar yang diutuskan oleh CEO Richard Yu, anda boleh jangkakan yang jangkauan zum yang melewati 10x, malah, mungkin yang terjauh setakat ini dalam telefon.

Tunggu Yang Terbaik, Lupakan Yang Lain

Sekiranya anda tak sabar untuk memiliki sebuah HUAWEI P30, ia akan diumumkan pada 26 Mac 2019. Lebih menarik, mengikut tradisi, jika anda tergolong dalam pengguna awal produk baru HUAWEI, biasanya anda akan menerima macam-macam hadiah.

Untuk P30 kali ini, dikhabarkan Huawei akan kepilkan sekali HUAWEI Backup. Ia adalah sebuah peranti yang dihubungkan pada telefon untuk mengecas. Selain mengecas telefon, dalamnya juga ada storan sebesar 1TB.

Jadi semasa mengecas, telefon akan buat Salinan gambar dan video masuk ke HUAWEI Backup secara automatik. Maka, storan telefon anda kekal segar untuk hari-hari yang mendatang.

Rules were made to be rewritten. Paris, 26.03.2019. #RewriteTheRules #HUAWEIP30 pic.twitter.com/hFzZI3pVYr

— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) February 19, 2019

Sebelum HUAWEI P30 dilancarkan, anda boleh periksa juga siri Mate 20 yang tak kurang hebatnya di gedung dalam talian HUAWEI.

Jangan lupa juga untuk mengikuti laman Facebook rasmi HUAWEI untuk terus menerima berita terikini berkaitan HUAWEI P30 yang bakal dilancarkan.

Tags: HuaweiHuawei P30penaja
Penaja

Penaja

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
HUAWEI P30: Tunggu Yang Terbaik, Lupakan Yang Lain

HUAWEI P30: Tunggu Yang Terbaik, Lupakan Yang Lain

13 March 2019
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER