• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple tegur Spotify yang tak sedar dek untung

  • OLEH Najib
  • 6:58 pm
  • 15/03/2019
  • Komen
Apple tegur Spotify yang tak sedar dek untung
Share on FacebookShare on Twitter

Apple hari ini mengeluarkan kenyataan media yang menjawab pertuduhan dari Spotify. Spotify mendakwa Apple tidak berlaku adil dan telah membuat aduan anti-monopoli kepada pihak berkuasa Eropah.

Menurut Apple, sebanyak 84% aplikasi di dalam Apple Appstore tidak memberi wang kepada Apple langsung kerana 4 perkara:



  1. Aplikasi percuma, tidak dicaj oleh Apple
  2. Aplikasi yang mengaut keuntungan menerusi iklan di dalam aplikasi, tidak dicaj oleh Apple
  3. Aplikasi yang mengenakan caj atau pembelian di luar aplikasi, tidak dicaj oleh Apple
  4. Aplikasi yang menjual barangan fizikal, termasuk servis pengangkutan dna penghantaran, tidak dicaj oleh Apple

Apple mengatakan, Spotify hanya membayar 30% kadar langganan pengguna kepada Apple kerana Spotify menggunakan sistem bayaran Apple Appstore. Tetapi ia untuk tahun pertama sahaja, di mana tahun berikutnya Apple hanya mengambil 15%.

Tambah Apple lagi, majoriti pengguna Spotify adalah pelanggan percuma dan Spotify mengutip keuntungan dari iklan yang tidak dicaj oleh Apple. Malah, pelanggan Spotify Premium juga banyak menggunakan bayaran melalui telko, juga tiada sebarang bayaran kepada Apple.



Spotify juga menuduh Apple cuba menghalang mereka mengemaskini aplikasi terutama sekali di Apple Watch. Apple menjawab, Spotify telah mengemaskini aplikasi mereka lebih 200 kali selepas melalui proses yang sama seperti pembangun aplikasi lain. Tiada jalan mudah atau halangan khusus kepada Spotify.

Apple turut mengingatkan Spotify bahawa mereka terlalu tamak, kerana cuba mengelak dari membayar royalti lebih tinggi dengan menyaman pencipta muzik.

Adakah Apple benar-benar menekan Spotify dan pembangun aplikasi lain dengan cukai ‘30%’ di dalam Apple Appstore? Atau Spotify terlalu tamak untuk mengaut lebih banyak keuntungan?

Anda boleh baca lebih lanjut tentang perkara ini, menerusi kenyataan media Apple di sini, dan Spotify di sini.

[Sumber: TheVerge]

Tags: appleSpotify
Najib

Najib

POPULAR

Apple tegur Spotify yang tak sedar dek untung

Apple tegur Spotify yang tak sedar dek untung

15 March 2019
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN