• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Grab akan kenakan penalti kepada penumpang yang lambat dan batalkan tempahan

  • OLEH Najib
  • 7:04 pm
  • 20/03/2019
  • Komen
Grab akan kenakan penalti kepada penumpang yang lambat dan batalkan tempahan
Share on FacebookShare on Twitter

Grab Car, penyedia khidmat e-hailing di Malaysia mengumumkan akan mengemaskini polisi mereka berkenaan pembatalan tempahan. Penumpang yang membatalkan tempahan Grab Car selepas lima minit mendapat pemandu, serta penumpang yang membuat pemandu menunggu lama, akan dikenakan caj penalti antara RM3 ke RM5.

Polisi baru ini akan dikuatkuasakan bermula 25 Mac 2019.



Untuk penumpang yang membatalkan tempahan selepas 5 minit menerima pengesahan pemandu, mereka akan dicaj penalti pembatalan antara RM3 ke RM5, bergantung pada jenis tempahan. Bagi penumpang yang membuat pemandu menunggu lebih 5 minit dan pemandu membatalkan tempahan, penumpang akan dikenakan caj penalti RM5.

Jenis Tempahan Caj Pembatalan
GrabCar RM3
JustGrab
JustGrab (Ke Lapangan Terbang)
GrabShare
GrabTaxi (Meter dan Eksekutif)
GrabCar (Mandarin)
GrabCar Plus
GrabCar (6 Tempat Duduk) RM4
JustGrab (6 Tempat Duduk)
JustGrab (10 Tempat Duduk)
GrabCar (Premium) RM5
GrabCar Luxe (Vellfire Ke Lapangan Terbang)

Sama seperti sebelum ini, pembatalan tempahan dalam masa 5 minit selepas menerima pengesahan pemandu tidak akan dikenakan sebarang caj.



Tetapi penumpang masih boleh membatalkan tempahan selepas 5 minit, jika pemandu masih belum tiba selepas 10 minit mereka dijangka tiba. Caj pembatalan dalam hal ini akan dikecualikan.

Penumpang juga tidak akan dikenakan caj pembatalan, jika pemandu membatalkan tempahan dalam masa kurang dari 5 minit menunggu di lokasi pengambilan. Sebaliknya, pemandu yang akan dikenakan penalti. Bagaimanapun, penumpang dan pemandu digalakkan untuk berhubung terlebih dahulu menerusi panggilan atau GrabChat, sebelum membatalkan tempahan.

Caj pembatalan ini akan ditolak terus dari akaun GrabPay pengguna. Bagi pengguna yang menggunakan tunai, mereka akan dicaj pada tempahan akan datang.

Semua caj pembatalan ini akan disalurkan terus kepada pemandu sebagai pampasan untuk masa mereka yang terbuang. Ini dilakukan untuk melindungi kebajikan pemandu dan memastikan penumpang tidak membatalkan tempahan sesuka hati mereka. Menurut Grab, perubahan polisi ini akan memberi kesan kepada 1% tempahan sahaja.

Sedikit sebanyak, pengenalan caj penalti ini sangat serupa dengan apa yang terdapat pada Uber dahulu. Uber mengenakan caj RM5 untuk pembatalan tempahan dengan cara yang agak sama dengan Grab. Ia sememangnya adil untuk pengguna dan pemandu, untuk memastikan perkhidmatan yang berkualiti. Jika tidak, ia hanya membuang masa pemandu dan turut memberi kesan kepada pendapatan mereka.

Untuk maklumat lanjut berkenaan perubahan polisi ini, layari laman web Grab Malaysia.

Tags: Grab
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Grab akan kenakan penalti kepada penumpang yang lambat dan batalkan tempahan

Grab akan kenakan penalti kepada penumpang yang lambat dan batalkan tempahan

20 March 2019
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN