• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Facebook Saran Anda Kemas Kini Password Hari Ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:23 am
  • 22/03/2019
  • Komen
Selebriti media sosial perlu bayar cukai untuk ulasan berbayar dan iklan
Share on FacebookShare on Twitter

Kata laluan adalah kunci kepaada banyak maklumat anda yang dikongsikan di Internet. Idealnya, ia adalah sulit dan peribadi sehinggakan penyedia perkhidmatan sendiri tidak sepatutnya tahu akannya. Tapi menurut pemeriksaan rutin Facebook, mereka mendapati yang ada sejumlah kata laluan pengguna mereka tidak disimpan secara sulit.

Walaupun Facebook tidak menemui bukti yang maklumat ini sudah tertiris keluar, mereka tetap menyarankan penggunanya mengambil langkah berjaga-jaga. Antaranya adalah:



  • menukar kata laluan serta-serta merta
  • tidak menggunakan kata laluan kitar semula ataupun yang mudah diteka
  • hidupkan fungsi dwipengesahan sewaktu melog masuk

Bagaimanakah Facebook Melindungi Kata Laluan Pengguna?

Seperti penyedia perkhidmatan Internet yang lain, Facebook menggunakan kaedah “hash” untuk menyulitkan kata laluan. “Hash” adalah sebaris karakter rawak yang ditambat pada kata laluan. Karakter ini amat panjang sehinggakan komputer sendiri tidak mampu menekanya akibat kebarangkalian susunan yang terlampu banyak.

Apabila anda melog masuk, hash inilah yang akan berlegar-legar dalam pelayan Facebook dan bukannya kata laluan anda dengan harapan kata laluan anda tidak terdedah kepada persekitaran luar.



Selain teknik menge-hash, mereka turut mengambil beberapa langkah tambahan seperti:

  • memaklumkan pengguna jika ada permintaan melog masuk daripada lokasi yang diragukan
  • memperkenalkan “kata laluan” fizikal berbentuk pemacu USB sebgai satu kaedah log masuk

[Sumber: Facebook]

Tags: Facebookkeselamatan
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Selebriti media sosial perlu bayar cukai untuk ulasan berbayar dan iklan

Facebook Saran Anda Kemas Kini Password Hari Ini

22 March 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER