• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi perlihat pengecas 100W yang mengisi 4,000mAh dalam 17 minit

  • OLEH Najib
  • 8:45 pm
  • 26/03/2019
  • Komen
Xiaomi perlihat pengecas 100W yang mengisi 4,000mAh dalam 17 minit
Share on FacebookShare on Twitter

Berapa pantaskah pengecas telefon pintar anda? 5 watt? 15 watt? 50 watt? Pengerusi Xiaomi, Lin Bin berkongsi video yang memperlihatkan demonstrasi pengecas 100W, hampir dua kali kuasa lebih tinggi dari pengecas Huawei Supercharge 3.0 55W.

Lin Bin berkongsi video tersebut di laman weibo beliau. Video tersebut menunjukkan telefon dengan bateri 4,000mAh, mengambil masa hanya 7 minit untuk mengecas 50% dan 17 minit untuk mencapai 100%.



https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2019/03/pengecas-pantas-Xiaomi-100W.mp4

Untuk membandingkan kepantasan mengecasnya, ia turut meletakkan pengecas OPPO SuperVOOC 50W di sampingya. OPPO SuperVOOC ialah pengecas telefon pintar paling berkuasa ada di pasaran sekarang.

Tetapi bilakah teknologi ini akan tersedia digunakan orang ramai? Lu Weibing, ketua Redmi iaitu sub-jenama yang baru dihasilkan oleh Xiaomi, mengesahkan teknologi pengecasan 100W ini akan mula dihasilkan secara meluas tidak lama lagi. Tetapi tiada tarikh dan masa diberitahu.



Jika benar, 17 minit untuk mengecas bateri 4,000mAh adalah sangat mengagumkan. Ia masa yang cukup untuk menunggu pasangan yang tersayang mekap sebelum keluar rumah. Apa pendapat anda?

[Sumber: TheNextWeb, weibo]

Tags: xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi perlihat pengecas 100W yang mengisi 4,000mAh dalam 17 minit

Xiaomi perlihat pengecas 100W yang mengisi 4,000mAh dalam 17 minit

26 March 2019
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN