• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Matebook 13 pilihan laptop yang ringan dan storan besaar

  • OLEH Najib
  • 7:44 pm
  • 02/04/2019
  • Komen
Huawei Matebook 13 pilihan laptop yang ringan dan storan besaar
Share on FacebookShare on Twitter

Di samping telefon pintar siri P30, Huawei turut mengumumkan ketibaan laptop terbaru mereka, Matebook 13 ke pasaran Malaysia. Ia merupakan laptop yang nipis dan ringan berprestasi tinggi serta memiliki storan yang luas.

Laptop Matebook 13 akan mula dijual di Malaysia pada 6 April 2019. Terdapat dua model yang tiba di pasaran Malaysia iaitu:



  • Core i5, RAM 8GB, SSD 256GB – RM3,999
  • Core i7, RAM 8GB, SSD 512GB – RM4,399

Dari harga ini, adalah lebih baik untuk menambah RM400 dan menerima pemproses Core i7 yang lebih berkuasa, storan digandakan kepada 512GB. Ia adalah perbelanjaan yang sangat berbaloi.

Kepada yang berminat, Matebook 13 kini telah dibuka tempahan awal di Stor Online Huawei. Tempahan awal akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM857 iaitu tetikus bluetooth Huawei AF30, langganan Microsoft Office 365 Home dan beg laptop Huawei.



Huawei Matebook 13 memiliki skrin berukuran 13-inci Fullview, dengan bingkai nipis dan resolusi 2160×1440. Beratnya hanya 1.3kg dengan ketebalan 14.9mm sahaja.

Laptop ini dikuasakan pemproses Intel Core generasi ke-8, bersama pemprose grafik Nvidia GeForce MX150. RAM standard sebanyak 8GB dipasang di dalam, dari jenis LPDDR3 dengan kelajuan 2,133MHz.

Kekurangan terbesar yang kami lihat pada Matebook 13 ialah port sambungan. Ia hanya ada 2 port USB-C dan satu jek audio 3.5mm. Tiada port USB-A mahupun HDMI.

Dua pembesar suara dipasang dengan tetapan stereo dan ia diperkasa teknologi audio Dolby Atmos. Laptop ini turut menyokong OneHop, cara mudah berkongsi fail dan gambar dari telefon pintar Huawei dan Honor. Pengguna boleh menghantar sehingga 500 gambar dalam masa seminit, atau video 1GB dalam masa 35 saat sahaja menerusi OneHop.

Bateri 42Wh memberi tenaga kepada Matebook 13 yang boleh bertahan sehingga 9.6 jam penggunaan. Ia dicas melalui pengecas USB-C 65W yang boleh memberi tenaga penggunaan sehingga 2.5 jam dengan mengecas selama 15-minit.

Jika berminat, jangan lupa untuk membuat tempahan awal di Stor Online Huawei sekarang bagi mendapatkan hadiah percuma bernilai RM857.

Tags: HuaweiMatebook 13
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Huawei Matebook 13 pilihan laptop yang ringan dan storan besaar

Huawei Matebook 13 pilihan laptop yang ringan dan storan besaar

2 April 2019
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN